Buletin

SEDAN PREMIUM CKD BMW 740Le xDRIVE M SPORT.BERMULA RM591,503 SEUNIT

BMW Malaysia melancarkan sedan mewah terbaharu BMW 740Le xDrive M Sport.

Jentera premium dipasang secara tempatan (CKD) itu dijual pada harga bermula RM 591,503.05 (atas jalan, tanpa insurans) tanpa Cukai Jualan dan Perkhidmatan).

Sedan baharu itu menawarkan empat warna klasik iaitu putih (Mineral White), hitam (Carbon Black Metallic) serta kelabu (Donington Grey dan Bernina Grey dengan efek Amber).

BMW 740Le xDrive M Sport.menampilkan rekaan baharu dengan salur masuk udara lebih besar dipadankan pendakap berbentuk C serta dilengkapi apron hadapan serba elegan digandingkan gril ‘kidney’ dan BMW Laser Light.

Ia hadir dengan M Sport Aerodynamic Package dihiasi Shadow Line berglos tinggi dan bumbung kaca panorama, Sky Lounge menyerlahkan sisi mewah jentera tersebut.

BMW 740Le xDrive M Sport didatangkan set roda aloi ringan M 19 inci dibaluti tayar bercampur serta tayar run-flat.

Memasuki ruang dalaman, ia mendapat sentuhan trim Fineline Fine Wood berwarna hitam digandingkan efek logam berglos tinggi dan bumbung menggunakan bahan bumbung BMW Individual Alcantara Anthracite.

Bahagian kokpit pula, sedan baharu itu dilengkapi stereng M Sport, kerusi Comfort boleh laras secara elektrik dan fungsi memori bagi tempat duduk hadapan.

Selain itu, para pengguna juga dapat merasai suasana dalam pencahayaan ambien, penyaman udara automatik 4 zon kawalan. tirai gulung bagi tingkap sisi di belakang, fungsi penutup pintu soft-close dan sistem Comfort Access untuk operasi bonet.

BMW 740Le xDrive M Sport menawarkan paparan instrumen digital bersaiz 12.3 inci dan BMW Navigation System Professional dengan Paparan Kawalan 10.25 inci.

Ia didatangkan Kawalan Gestur BMW (BMW Gesture Control) serta Papar Pandu BMW (BMW Head-Up Display) di hadapan dan Entertainment Professional di tempat duduk belakang digandingkan paparan sentuh bersaiz 10 inci,

Sedan premium berkenaan mendapat khidmat enjin petrol enam silinder dengan kapasiti tiga liter yang mampu menjana kuasa maksimum 210 kW/286 kk pada 5,000 – 6,000 rpm dan tork 450 Nm pada 1,550 – 3,500 rpm.

Ia juga dikuasakan bateri ion litium dengan teknologi sel bateri tercanggih dan kapasiti storan dinaik taraf yang membolehkan mencapai 83 kW/113 kk dan tork 265 Nm melalui motor elektriknya.

Sedan mewah baharu itu mampu memecut dalam masa 5.1 saat sahaja dengan kelajuan maksimum mencecah 250 km/j.

Output gabungan maksimum BMW 740Le xDrive M Sport ialah 290 kW/394 kk, dan tork 600 Nm dipadankan transmisi Steptronic lapan kelajuan.

Ciri bantuan digital pula ditawarkan melalui Driving Assistant Professional, Parking Assistant Plus dan Connected Package Professional.

Antara ciri-ciri menarik termasuk kemudahan pengecasan tanpa wayar untuk telefon bimbit, Kunci Paparan BMW (BMW Display Key), dan sistem bunyi keliling dengan 16 pembesar suara oleh Harman Kardon.

BMW 740Le xDrive M Sport boleh didapati di semua pusat pengedar rasmi BMW di seluruh negara bermula 8 Mei ini.

Google ads
Back to top button