Buletin

BMW M240i, X5 KENA REMBAT DI LITAR CADWELL PARK

Pengendali litar terkemuka, MotorSport Vision meminta pertolongan orang ramai apabila sebuah kenderaan keselamatan dan sebuah kenderaan perubatan dicuri di litar Cadwell Park pada pagi Selasa lalu.

Pihak polis dari Lincolnshire sedang menjalankan siasatan berhubung kes kecurian melibatkan sebuah BMW M240i dan BMW X5 masing-masing merupakan kenderaan keselamatan serta perubatan dianggarkan bernilai melebihi  £100,000 (RM555,326).

Selain kenderaan terbabit, peralatan penyelenggaraan turut dikebas pihak tidak bertanggungjawab dalam kejadian tersebut.

Suspek turut merosakkan sistem teknologi maklumat dan keselamatan.

“Ini adalah masa yang sukar bagi kami. Kami tidak dapat beroperasi buat masa sekarang disebabkan pandemik Covid-19, jadi kes kecurian seperti ini sudah tentu tidak banyak membantu kami,” kata Pengurus Operasi MotorSport Vision, Giles Butterfield.

MSV merupakan pengendali terbesar di United Kingdom yang dikendalikan bekas pemandu Formula Satu (F1), Jonathan Palmer berdepan kerugian pada tahun lalu berikutan penularan pandemik Covid-19.

Kebanyakkan aktiviti litar termasuk perjumpaan, perlumbaan dan sesi ujian berkurangan sehingga menjejaskan pendapatan syarikat terbabit. – agensi.

Google ads
Back to top button