
PENGEDAR HONDA CREWE UBAH KEDAI JADI PUSAT VAKSIN COVID-19. NAK BANTU KOMUNITI SETEMPAT
Sejak kebelakanngan ini, kita dapat menyaksikan tindakan-tindakan kemanusiaan insan menabur bakti kepada masyarakat berdepan berdepan pandemik Covid-19.
Selain para petugas hadapan yang bertarung nyawa, terdapat individu-individu berhati mulia menunaikan tanggungjawab walaupun tiada pangkat, bukan bermain wayang politik dan memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan.
Salah satu individu berkenaan merupakan pemilik Pusat Honda Crewe di Cheshire, England yang terlah menjalankan perniagaan motosikal sejak tahun 1920 lagi.
Pada bulan lalu, ia telah bertukar menjadi pusat vaksinasi komuniti Covid-19 dalam memberi sumbangan kepada komuniti setempat membendung penularan wabak terbabit.

Bagaimana ia boleh berlaku?
Seorang ahli farmasi bertentangan dengan Pusat Honda Crewe terlihat kedai berkenaan sedang melakukan kerja-kerja ubah suai dan menyedari ia memiliki banyak ruang lantai sekali gus memaklumkan idea tentang ruang vaksinasi untuk komuniti setempat.
“Seseorang dari Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) telah bertanya sama ada mereka boleh menyewa ruangan bangunan berkenaan.
“Sudah tentu saya menolak permintaan itu dan berkata akan menderma ruang bangunan selagi ia diperlukan,” tulis Pengarah Urusan Pusat Honda Crewe, Roger Morris dalam Facebooknya.
Dia berharap sumbangan kecil berkenaan mampu membantu penduduk setempat melawan pandemik. – RideApart/FB Crewe Honda Center
- BACA: HONDA ADV150 LANCAR 5 FEBRUARI 2021. HARGA BAWAH RM15K?
- BACA: DIJANJI HONDA CIVIC TAPI DAPAT MYVI. REMAJA LUAH RASA BENGANG TERHADAP BAPA DI LAMAN SOSIAL
- BACA: RATO SVR180. KAPCAI CHINA, REKAAN MACAM HONDA WINNER X
- BACA: TINGGAL ANAK DALAM KENDERAAN. SUSPEK CURI HONDA PILOT PATAH BALIK MARAH, UGUT PEMILIK TU!!!








