Motosikal

BMW R 1300 GS TRIPLE BLACK DAN GS TROPHY KINI DENGAN ADAPTIVE HEIGHT CONTROL

BMW Motorrad Malaysia dengan rasminya memperkenalkan dua varian terbaru bagi BMW R 1300 yang kini merangkumi GS Triple Black dan GS Trophy dengan masing-masing menawarkan fungsi Adaptive Height Control.

Menurut BMW Motorrad Malaysia, ciri Adaptive Height Control ini didatangkan secara standard pada R 1300 GS Triple Black dan GS Trophy masing-masing boleh didapati dengna harga RM140,500.

Adaptive Height Control membolehkan suspensi diselaraskan secara automatik ketika motosikal bergerak sekaligus meningkatkan jarak kelegaan tanah mengikut kesesuaian.

Fungsi ini secara langsung bukan sehaja meningatkan keselesaan menunggang malah turut mengundang pengalaman menunggang yang lebih baik.

Atas kertas, BMW R 1300 GS ini dikuasakan enjin boxer (dua silinder) 1300cc serba baharu yang berupaya menjana 145hp dan 150Nm.

Google ads
Back to top button