Motosikal

BMW S 1000 RR 2020. 207HP, 4 MODE TUNGGANGAN. RM116,500 SEUNIT

BMW Motorrad Malaysia baru-baru ini memperkenalkan BMW S 1000 RR ke pasaran tempatan.

Jentera itu dibina di atas kerangka Flex yang membolehkan reka bentuk tangki lebih langsing. Selain tempat duduk yang dapat memberi sokongan dan keselesaan kepada penunggang.  

Semua elemen penting tunggangan diubah secara konsisten bagi memastikan prestasi optimum dapat diperolah dalam apa jua situasi. Penutup tempat duduk belakang ditawarkan sebagai ciri standard.

Bahagian hadapan diserlahkan dengan lampu utama LED yang menggabungkan ciri lampu tinggi dan rendah dalam perumah kompak. Lampu belakang LED pula hadri bersama lampu brek dan lampu isyarat membelok di dalam satu perumah.

Hadir dalam dua pilihan warna iaitu merah dan perak, BMW S 1000 RR sudah ada di bilik pameran sah BMW Motorrad di seluruh negara bermula 22 Mei 2020.

Superbike itu dikuasakan oleh enjin empat selinder sebaris berkapasiti 999cc. Ia menjana kuasa 207hp pada 13,500rpm dan tork 113Nm. Hasilnya, motosikal itu mampu mencatat kelajuan maksimum 200km/j.

Biarpun begitu, tahap penggunaan bahan api hanya sekitar 6.4 liter bagi setiap 100km.

Bukan itu sahaja, ia didatangkan dengan BMW ShiftCam Technology yang membekalkan variasi pemasaan injap serta lejang injap pada komponen salur masuk.

BMW S 1000 RR menawarkan empat mod tunggangan iaitu Rain, Road, Dynamic dan Dynamic Pro. Mode tunggangan tersebut mengawal fungsi seperti Dynamic Traction Control/DTC dan ABS Pro untuk keselamatan yang lebih baik ketika membrek.

Sistem BMW Motorrad Integral ABS dan Hill Start Control meningkatkan tahap keselamatan penunggang terutama di laluan curam. Penunggang juga boleh menukar kedudukan gear dengan lebih pantas menerusi HP Shift Assistant Pro.

Panel instrumennya terdiri daripada skrin TFT 6.5 inci yang dapat dibaca dengan jelas walapun ketika cahaya suram. Dihubungkan dengan Multi Controller pada panel bar hendal di sebelah kiri, ia cukup mudah untuk dioperasi.

BMW S 1000 RR turut dilengkapi Connectivity yang menghubungkan jentera dengan telefon pintar. Jadi anda boleh memainkan lagu atau membuat panggilan telefon dengan mudah dan selamat.

Apabila digunakan bersama aplikasi BMW Connected, penunggang boleh mengakses status dan statistik jentera. Ciri-ciri utama yang lain termasuklah sensor jatuh, tuil klac dan brek tangan boleh laras.

Superbike itu ditawarkan pada harga RM116,500 seunit. Menerusi Pelan Pembiayaan yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, anda boleh memilikinya dengan bayaran bermula RM1,420 sebulan.

Ini berdasarkan sebanyak 80 peratus untuk tempoh 4 tahun.

Tags
Google ads
Back to top button