Buletin

BMW TAMATKAN PRODUKSI i8 APRIL DEPAN

BMW mengsahkan bahawa ia akan menghentikan produksi kereta sports plug-in hybrid i8 pada April depan, selepas enam tahun dilancarkan.

Pesaing kepada Porsche 911 itu bakal meninggalkan pasaran kerana BMW mahu focus kepada barisan kenderaan elektrik baharunya seperti kompak SUV iX3, i4 dan iNEXT.

Sebuah kereta sports berasaskan kepada model konsep Vision M Next dijangka tiba dalam tempoh lima tahun lagi.

Para pengedar BMW di UK sudah mula menawarkan i8 dengan jumlah diskaun yang banyak sehingga £20,000. Diperkenalkan buat pertama kali dalam bentuk konsep dengan enjin turbodiesel pada acara Frankfurt Motor Show 2009, i8 mula dijual pada tahun 2014.

Ia diposisikan sebagai model utama berprestasi tinggi BMW dalam rangkaian model elektrik i BMW.

Jentera dengan konfigurasi tempat duduk 2+2 enjin di tengah itu dijual bersama satu pilihan ejin sahaja. Enjin petrol turbo tiga selinder dipadankan dengan motor elektrik berkuasa rendah.

Prestasinya tidak pernah berubah iaitu sekitar 369bhp, walaupun BMW ada menawarkan model facelift pada tahun 2108.  

Ketua pembangunan dan penyelidikan BMW tahun lalu mengesahkan yang model masa depan i8 bakal dilahirkan semula untuk menjadi pesaing kepada Tesla Roadster generasi kedua dan mungkin Audi R8 e-tron.

Google ads
Back to top button