Buletin

BMW X1 sDrive18i. SAV KOMPAK, RM208K SEUNIT

BMW Malaysia memperkenalkan BMW X1 sDrive18i pemasangan tempatan (CKD) yang ditawarkan pada harga RM208,368 seunit.

BMW X1 sDrive18i didatangkan dengan lampu hadapan LED, lampu kabus LED, rel bumbung aluminium dalam kemasan satin dan rim aloi ringan bersaiz 17 inci.

Jentera itu menggunakan khidmat enjin 3 silinder 1.5 liter BMW TwinPower Turbo yang memenangi anugerah International Engine of the Year selama lima tahun berturut-turut sejak 2015.

Mampu menjana kuasa 140hp dan tork 220Nm dengan pecutan maksimum 201km/j, ia dipadankan bersama transmisi Steptronic 7-kelajuan klac berkembar.

SAV ini menawarkan penjimatan bahan api sekitar 6.3l/100.

Ruang kabin BMW X1 sDrive18i menerima kemasan kulit Dakota berwarna hitam. Tempat duduk hadapannya boleh dilaras secara elektrik, penyaman udara automatik dua zon dan material bumbung BMW berwarna kelabu.

SAV baharu ini mempunyai ruang interior yang paling besar dalam kelasnya.

Kapasiti ruang but boleh ditingkatkan dengan mudah daripada 505 liter kepada 1,550 liter apabila tempat duduk belakang dilipat. Jentera itu didatangkan dengan ciri pintu but automatik tanpa sentuhan.

Sistem infohibur diserlahkan oleh iDrive dengan paparan kawalan bersaiz 8.8 inci. Ia boleh dioperasi menggunakan iDrive Controller, sama ada melalui fungsi sentuhan atau arahan suara.

BMW X1 sDrive18i didatangkan dalam pilihan warna putih, biru, hitam dan kelabu.

Bakal berada di semua pengedar sah BMW di seluruh negara mulai 24 Julai 2020, pelanggan boleh menempah SAV ini di http://www.shop.bmw.com.my/ dengan hanya RM1,000 dan berpeluang untuk memenangi sebuah BMW i8 Coupé baru.

GALERI

Google ads
Back to top button