Buletin

YAMAHA YZF-R1 DAN YZF-R1M JDM, DARI RM95K!

Yamaha Motor Co., Ltd. memperkenalkan YZF-R1M dan YZF-R1 versi 2020 pada 19 Julai 2019 di Eropah dan tiba masanya ia ditawarkan kepada pengguna di Jepun.

YZF-R1 adalah model perdana (flagship) untuk Yamaha dan berada di pasaran sejak 1998. Model ini dibangunkan bagi menonjolkan teknologi terbaik yang ada pada Yamaha.

Ciri utama pada model 2020 ialah perubahan pada enjin, suspensi, kawalan elektrik, reka bentuk kowl baharu dan lampu utama.

Yamaha YZF-R1

Enjin crossplane

Nadi 997cc crossplane pada kedua-dua YZF-R1M dan YZF-R1 mempunyai kuasa 200 PS pada 13,500 rpm dengan tork 113 Nm pada 11,500 rpm.

Tumpuan untuk versi 2020 ialah memperbaiki kelinearan (linearity) dan rasa daya kilas enjin dan pada masa sama memenuhi peraturan alam sekitar.

Enjin ini mempunyai kepada silinder baharu yang menjadikan injap pendikit (throttle valve) dan kebuk pembakaran lebih rapat. Turut dilengkapi ialah injektor untuk pancitan aliran campuran yang disasarkan pada bahagian belakang injap.  

Yamaha YZF-R1

Perubahan itu mengoptimumkan kelajuan pergerakan di dalam enjin atau kebuk pada julat kelajuan rendah hingga sederhana serta memperbaiki rasa kelinearan dari mula pendikit dipulas dan diakhiri dengan rasa karakter daya kilas enjin.

Ada lagi, pada julat kelajuan enjin tinggi, pancitan dari injektor kedua menghasilkan kebuk atau prestasi yang baik.

Turut digunakan ialah sistem injap jenis finger rocker arm. Bentuk lengan dinilai semula bagi memperbaiki karakter injap pada putaran kelajuan tinggi. 

Yamaha YZF-R1

Bagi mencegah tekanan hidraulik yang menurun pada julat kelajuan tinggi dan mengurangkan kehilangan kuasa enjin disebabkan pengocakan minyak (oil agitation), Yamaha menggunakan sistem peminyakan pusat (center oiling system) untuk bekalan minyak pada penghujung (large end) setiap rod penyambung.

Istimewa untuk YZF-R1M ialah tangki minyak daripada aluminium.

Sistem elektronik dan brek

YCC-T yang mengawal pemacu injap pendikit (throttle valve drive) secara elektronik menggunakan APSG (accelerator opening sensor grip) jenis elektronik (ride by wire) berbanding sistem mekanikal yang menghantar gerakan pendikit melalui kabel.

Untuk pembrekan, Yamaha menambah dua jenis sistem kawalan iaitu Pengurusan Pembrekan Enjin (EBM) dan Kawalan Brek (BC).

Yamaha YZF-R1M

Penambahan itu dapat membantu penunggang dalam menyesuaikan citarasa dan keadaan tunggangan. 

Fungsi paparan pada skrin LCD TFT 4.2 inci turut diubah supaya sepadan dengan sistem kawalan dan direka mengikut pilihan penunggang seperti pemilihan mod Yamaha Ride Control (YRC).   

Suspensi

Talaan suspensi depan dan belakang dioptimumkan mengikut karakteristik enjin. Suspensi depan kini mempunyai pengendalian lebih terus (direct) dan jelas selain rasa kelincahan (agility).

Karakter tersebut membuatkan penunggang merasai cengkaman pada permukaan jalan raya.

Yamaha YZF-R1M

Varian YZF-R1M mempunyai silinder gas pada suspensi depan dan tambahan kepada Suspensi Perlumbaan Elektronik (ERS) yang mengawal suspensi depan dan belakang. 

Tekanan gas menekan rongga (cavitation) dan menyumbang kepada daya redaman suspensi yang stabil.

Suspensi kawalan elektronik YZF-R1M dibekalkan oleh Öhlins manakala lengan ayun diperbuat daripada aluminium.

Rekabentuk

Yamaha YZF-R1M

Kowl pada model 2020 ini mempunyai daya aerodinamik yang dipertingkatkan dengan mengawal aliran angin yang menempa.

Turut baharu ialah dua lampu LED yang ringan dan kompak selain lampu posisi yang menggunakan lensa tebal dan turut menambah daya tarikan pada model ini.

YZF-R1M pula tampil istimewa dengan kowl gentian.

Harga dan pesanan

Yamaha hanya menghadkan tawaran model ini kepada 400 unit sahaja dan pesanan dibuka dari 28 Mei hingga 30 September manakala tempahan YZF-R1M akan ditutup sebaik sahaja mencecah jumlah produksi yang ditetapkan.

Harga bagi memiliki Yamaha YZF-R1M ABS ialah 3,190,000 yen (RM128,104) manakala YZF-R1 bernilai 2,365,000 yen (RM94,974).

BACA: YAMAHA BW’S125, SKUTER ALA OFF-ROAD UNTUK JEPUN!

BACA: YAMAHA TRICITY 155 ABS – OKAY KE 3 RODA?

BACA: FABIO QUARTARARO ADA HARAPAN JUARA? INI STATISTIK BELIAU SETAKAT 20 PERLUMBAAN MOTOGP

Kredit foto: Yamaha

YAMAHA YZF-R1

YAMAHA YZF-R1M

Google ads
Back to top button