BOT SANGKUT ATAS TERUMBU KARANG. 12 JAM NAK SELAMATKAN ANAK KAPAL
Sebuah bot terperangkap di atas terumbu karang setinggi 3.04 meter di luar pantai Pulau Jersey, barat laut Perancis pada Jumaat lalu dan pasukan penyelamat memerlukan masa selama 12 jam untuk menyelamatkan anak kapal.
Kejadian itu berlaku selepas ia berlanggar dengan batu di dasar laut sebelum air surut sehingga menyebabkan ia terperangkap di atas terumbu karang Ecrehous.
Beberapa anak kapal mengalami kecederaan ringan berjaya dikeluarkan menaiki bot pelancongan Jersey Seafaris yang berada tidak jauh dari tempat kejadian.
Operasi menyelamatkan bot tersebut melibatkan bot-bot Institusi Bot Keselamatan Diraja (RNLI) dan anggota-anggotanya.
Ia melibatkan masa yang lama kerana menunggu air laut pasang bagi membolehkan ia ditunda ke Gorey untuk menjalani kerja-kerja pembaikan.
Ini adalah kerana terdapat lubang pada bot tersebut tetapi ia kemudian ditampal oleh pasukan penyelamat dan ketika ditunda ia menggunakan pam bagi mengelakkannya tenggelam di tengah laut. – MetroUK
- BACA: DADAH 2 TAN BERNILAI LEBIH RM915 JUTA DIRAMPAS DALAM KAPAL LAYAR MEWAH
- BACA: KAPAL KARGO BAWA KAYU TERPUTUS DUA DI PERAIRAN JEPUN. TUMPAHAN MINYAK MEREBAK LEBIH 5KM
- BACA: KAPAL SOLAR FIRAUN KUFU BERUSIA 4,600 TAHUN DIPINDAHKAN KE MUZIUM
- BACA: KAPAL KONTENA MV EVER GIVEN HALANG TERUSAN SUEZ DILEPASKAN 7 JULAI INI