BuletinMotosikal

‘PENYEJUK TAYAR’ DUCATI SAH DIGUNAKAN, DOVIZIOSO KEKAL JUARA

Mahkamah Rayuan MotoGP yang bersidang baru-baru ini telah mengesahkan yang sirip ‘penyejuk tayar’ adalah sah digunakan dan Andrea Dovizioso kekal sebagai juara GP Qatar. Ini bermakna penggunaan alat tersebut pada tiga buah jentera Ducati musim ini adalah dibenarkan dan boleh terus digunakan sepanjang musim 2019.

Dovizioso juga disahkan sebagai juara manakala seorang lagi rakan sepasukan, Petrucci kekal di tangga keenam. Jack Miller dari pasukan Pramac Ducati pula gagal menamatkan perlumbaan akibat masalah pada pelana motosikal beliau.

Keputusan tersebut sebelum ini dibantah oleh empat pasukan factory lain iaitu Aprilia, KTM, Honda dan Suzuki berikutan penggunaan sirip tersebut di bahagian lengan ayun jentera GP19 tersebut.

Pada peringkat awal bantahan tersebut telah ditolak oleh Panel Steward MotoGP kerana penggunaannya dikatakan telah diluluskan oleh pengarah teknikal MotoGP, Danny Aldridge. Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, keempat pesukan tadi sekali lagi memfaikan bantahan mereka di Mahkamah Rayuan MotoGP.

Mahkamah Rayuan MotoGP diadili oleh 3 orang hakim daripada FIM International Commison of Judges. Tapi keputusan masih memihak kepada pasukan Ducati. Masalah timbuol bila pasukan lawan mendakwa yang alat tersebut memberi kelebihan aerodinamik kepada jentera dan memang menyalahi peraturan tetapi Ducati mendakwa ia adalah untuk menyejukkan tayar belakang. Tetapi kemungkinan mempunyai kedua-dua fungsi turut ada.

Matlamat 4 pengeluar ialah untuk menentukan sama ada alat tersebut boleh digunakan semasa perlumbaan. Ia lebih kepada aspek teknikal dan bukannya bertujuan untuk melucutkan kejuaraan yang dimenangi oleh Dovizioso.

Davide Brivio, pengurus Suzuki menyatakan yang tujuan protes tersebut ialah untuk mendapatkan penjelasan sebenar tentang peraturan dan garis panduan. Apa yang boleh dan apa yang tidak boleh.

Dengan memasang winglet pada bahagian lengan ayun, Ducati dengan bijak boleh mengelak peraturan Aero Body MotoGP yang menghadkan cuma ssekali upgrade untuk set fairing dalam satu musim.

       

Google ads
Back to top button