Buletin

SJR DIPERHEBAT DI KL DAN SELANGOR

Bilangan sekatan jalan raya (SJR) khususnya di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor akan ditambah berikutan jumlah kenderaaan di jalan raya masih banyak di sebalik penguatkuasaan sekatan pergerakan penuh.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin menganggarkan hingga 1,000 sekatan akan diadakan setiap hari selepas ini berbanding 930 SJR dan operasi benteng ketika ini.

”Semalam beberapa kawasan yang saya lihat, masih banyak kenderaan menggunakan jalan raya maka saya telah berbincang dengan Ketua Polis Negara (Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani) untuk menambah lagi sekatan jalan raya di kawasan-kawasan tertentu, khususnya di dua negeri berkenaan (Kuala Lumpur dan Selangor).

‘Selain itu, saya juga telah buat tinjauan di Pulau Pinang dan mendapati penggunaan kenderaan di sana juga masih tinggi di sesetengah kawasan,” katanya.

Negara kini berada di bawah sekatan pergerakan penuh yang berkuat kuasa sejak 1 Jun hingga 14 Jun ini dalam usaha kerajaan menangani peningkatan kes Covid-19 yang terlalu tinggi. –Bernama

Google ads
Back to top button