BUMBUNG DAN BONET TEKSI TAK BERGERAK AKIBAT COVID-19 JADI BATAS TANAM SAYUR
Kewujudan kebun sayur di satu tapak letak kenderaan di Bangkok, Thailand baru-baru ini menjadi perhatian ramai. Ini kerana sayur-sayuran yang terdiri daripada daun bawang, selasih, terung dan cili itu ditanam di atas bumbung serta bonet hampir 200 unit teksi.
Sayuran-sayuran berkenaan dilihat tumbuh subur di atas batas tanah yang diperbuat daripada buluh. Batang-batang padi kemudian diselerakkan di atas tanah itu untuk memastikan ia terus lembap di bawah terik matahari.
Teksi itu tidak lagi digunakan kerana pemandunya sudah tidak mampu memandu akibat pandemik Covid-19. Jadi, semua teksi berkenaan terpaksa diparkir sebuah tapak letak kereta di kawasan Koperasi Teksi Ratchapruek di Bang Waek Road sejak setahun lalu.
“Semua pekerja saya tertekan. Kami semua tertekan di pejabat. Maka, kami membuat keputusan untuk menanam apa saja jenis sayuran yang boleh dimakan bersama sambal cili,” ujar Thapakorn Asawalertkul, 54, kepada agensi berita Channel NewsAsia.
Thapakorn ilah penasihat kepada Koperasi Teksi Ratchapruek dan Baworn yang memiliki kira-kira 8,000 teksi. – Sinar Harian
- BACA: GUNNER 50, FUN BIKE ANEH DARI THAILAND. RM8,900 SEUNIT, TOP SPEED 50KM/J SAHAJA
- BACA: SUZUKI GIXXER SF MASUK PASARAN THAILAND. HARGA BERMULA RM17K
- BACA: INDUSTRI TAYAR AMERIKA TERJEJAS AKIBAT IMPORT DARI KOREA, TAIWAN, THAILAND DAN VIETNAM
- BACA: TOYOTA LANCAR HILUX GR SPORT DI THAILAND. HIGH DAN LOW RIDER, 2.8 TURBO DIESEL, BERMULA RM114K