Modifikasi

DODGE VIPER TURBO BERKEMBAR, 2630 KUASA KUDA ATAS DYNO

Pemilik Bugatti Chiron dengan enjin 8000cc enjin 16 silinder W16 mungkin boleh kembang hidung bila bersembang deras, kerana kereta mereka menghasilkan 1479 kuasa kuda dan 1600Nm tork dari enjin yang memiliki 4 turbo. Tapi jika dibandingkan dengan Dodge Viper yang telah dimodifikasi ini, angka tersebut nampak biasa – biasa sahaja.

Pemiliki Dodge Viper ini telah membeli dan membawa kereta tersebut ke Calvo Motorsport bagi proses naiktaraf enjin yang ekstrim. Calvo Motorsport telah memasang pakej naiktaraf Calvo 1600 yang membolehkan Dodge Viper ini memalukan Dominic Toretto. Proses pertama yang dibuat ialah bore and stroke yang membesarkan saiz lejang dan diameter enjin. Hasilnya enjin Dodge Viper ini menjadi 9000cc berbanding 8000cc sesaran asal.

Sepasang turbo bersaiz 8686 ( saiz turbin 86mm, saiz kompressor 86mm) telah dipasang pada enjin, lengkap dengan sistem pengurusaa minyak enjin jenis dry sump, dan juga sistem pengurusan bahan api MOTEC. Hasilnya enjin ini menghasilkan 2630 kuasa kuda bila diuji di atas dyno dan kami menjangkakan ia menghasilkan sekitar 2893 kuasa kuda jika transmisi manual yang digunakan memiliki kecekapan 90%. Tork maksima yang dihasilkan pula ialah sekitar 2691Nm

Disebabkan kereta ini berada di Amerika, ia menggunakan RON 85 sahaja. Anda boleh menonton video pecutan yang dibuat oleh pemilik kereta ini di bawah. Bayangkan, kuasa enjin Dodge Viper sama dengan 26 biji Alza. Kalau pakai RON 97, lagi berdesup.

Google ads
Back to top button