Buletin

HALFORDS YUASA RACING DAN HONDA CIVIC TYPE R BERGABUNG UNTUK BTCC MUSIM 2018

Pasukan Halfords Yuasa Racing, bakal bergabung dengan kereta Honda Civic Type R terbaharu bagi memulakan saingan dalam British Touring Car Championship (BTCC) bagi musim 2018. Sebetulnya pasukan Team Dynamic adalah nama sebenar pasukan ini tetapi berlumba atas nama Halfords Yuasa Racing ini agak akrab juga dengan Honda Civic Type R. Mereka pernah menggunakan model Civic Type R FK2 dalam saingan sebelum ini.

BACA : FORD SIERRA COSWORTH UNTUK DILELONG – KERETA JUARA BTCC NI DER!

BACA : BAGAIMANA CIVIC TYPE R (FK8) TEWASKAN CIVIC FK2, 7 SAAT, HANYA DENGAN EKSTRA 10HP?

Team Dynamic telah bekerjasama dengan Honda semenjak dari tahun 2010 lagi dalam saingan BTCC. Malah mereka kini berlumba sebagai pasukan Pembuat Honda. Dan tidak hairanlah andai sebelum-sebelum ini mereka turut berlumba dengan Type R FK2 misalannya.

Dan kini, mereka bersama jentera terbaharu pula. Jentera Civic Type R FK8 ini mula dipertontonkan oleh Halfords Yuasa Racing pada 27 Februari lepas di Parcmotor Castellolí, berhampiran bandar Barcelona. Pasukan ini bakal menjalani ujian sepanjang minggu ini bersama jentera yang terkenal dengan kehandalannya bagi menilai kemampuan yang mana ianya adalah program pra-musim sebelum bermulanya musim 2018 Dunlop MSA British Touring Car Championship.

Juara tiga kali BTCC, Matt Neal serta pemandu yang baharu ditandatangani, Dan Cammish bakal menggalas misi selaku pemandu pasukan dan mereka ini dijadualkan untuk menjalani ujian penuh di Sepanyol bagi menguji tahap kesedapan Type R ini. Usai selesai ujian di Sepanyol, kedua pelumba ini akan kembali semula ke Brands Hatch dan Donington Park untuk menyambung kembali sesi ujian.

Menurut Matt Neal, selaku Pemandu merangkap Pengarah pasukan, “Honda Civic Type R terbaharu ini cukup hebat dan saya tidak sabar untuk mengujinya di atas litar minggu ini. Jikalau kereta ini sepantas yang diharapkan, sudah tentu kami akan berada dalam posisi terbaik untuk bersaing nanti.

Manakala, Pengarah Urusan Honda UK turut melahirkan rasa teruja beliau apabila melihatkan jentera yang mendapat perhatian dari seluruh dunia kini bakal beraksi di litar bagi menunjukkan taringnya. Tambahan pula, jenama Type R sendiri sudah cukup kuat dalam siri saingan BTCC sebelum ini. Jadinya, sudah tentulah pihak Honda sendiri yang banyak memberikan bantuan teknikal berharap untuk melihat model FK8 ini lebih banyak menamatkan garisan penamat dengan podium dan bukannya melanggar tembok litar.

Honda Civic Type R berwarna hitam ini bakal menggunakan livery yang baharu pada 22 Mac nanti sebelum memulakan saingan BTCC di Brands Hatch pada 7-8 April nanti.

 

Google ads

B K

Back to top button