Buletin

MITSUBISHI EVO AKAN DATANG DALAM BENTUK CROSSOVER?

Sudah terang lagi bersuluh Mitsubishi sememangnya sedang fokus kepada pengeluaran SUV. Hendak jadi Land Rover agaknya. Ini boleh dilihat melalui berita terbaru yang dikongsi MMC tentang Mitsubishi e-Evolution Concept.

Sebelum ini kami ada laporkan mengenai Mitsubishi bakal tampil dengan model konsep tersebut di Pameran Kenderaan Tokyo ke-45 pada hujung bulan ini. Masa itu pun dah boleh agak bahawa segmen kereta penumpang sedang diabaikan.

Ini pula pengesahan maklumat bahawa e-Evo bakal menggunakan pengetahuan MMC dalam bidang kenderaan elektrik (EV) dan kepakaran dalam teknologi pacuan kesemua roda (AWD). Sebenarnya dah lama MMC melabur dalam program EV iaitu sejak zaman i-MIEV pada tahun 2009 lagi.

Sebab itu kita boleh nampak Mitsubishi mampu untuk memasarkan SUV Outlander PHEV pada masa pengeluar Jepun lain (kecuali Nissan) sedang sibuk memasarkan enjin pembakaran dalaman lagi.

Dengan pengetahuan dan pengalaman yang ada itu Mitsubishi menayangkan e-VO Concept ini di Tokyo. Cuma model konsep ini maju setahap lagi apabila ia menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Di bawah ialah maklumat terbaru yang dikongsi MMC tentang e-EVO:

Sistem pacuan

  • Mitsubishi e-VOLUTION Concept adalah bayangan kepada kenderaan masa depan Mitsubishi
  • Ia menggunakan motor elektrik berprestasi dan daya kilas (torque) tinggi yang dikuasakan oleh sistem bateri berkapasiti besar
  • Kecanggihan pacuan terletak pada sistem tiga motor 4WD
  • Roda hadapan digerakkan oleh satu motor manakala roda roda belakang digerakkan oleh dua motor
  • Roda belakang tersebut dikawal oleh sistem elektronik Active Yaw Control (AYC) baharu dengan fungsi torque-vectoring 

Kecerdasan buatan (AI)

  • Satu perkara yang selalu disebut tentang e-EVO ialah sistem AI
  • Sistem ini dibantu oleh pelbagai sensor yang dapat menghantar maklumat tentang maklumat jalan dan trafik serta pergerakan pemandu supaya kenderaan lebih mudah dan selamat untuk dikendalikan 
  • AI juga berupaya memberi latihan kepada pemandu bagi menambah pengetahuan dan menambah baik kemahiran pemanduan
  • Ia beroperasi dengan mengumpul tahap kemahiran pemandu dan kemudian membina program latihan melalui dialog suara dan paparan besar pada papan pemuka

Tokyo Motor Show ke-45

Pameran ini akan bermula pada 28 Oktober ini. Selain Mitsubishi e-Evolution Concept, MMC akan mempamerkan 12 buah model. Di antara yang dipamerkan ialah Eclipse Cross, Outlander PHEV dan pelbagai model domestik Jepun.

BACA: MITSUBISHI OUTLANDER/AIRTREK – DAH HAMPIR 16 TAHUN RUPANYA

BACA: KISAH MITSUBISHI LANCER EVOLUTION DAN OBSESI TENTANG JENAMA RALLIART!

Google ads
Back to top button