
RASMI: SUZUKI AVENIS 125, BURGMAN STREET EX DILANCARKAN – DARI RM6,980
Suzuki Malaysia dengan rasminya melancarkan skuter terbaru menerusi Avenis 125 dan Burgman Street EX dilancarkan untuk pasaran tempatan.

Kedua-dua motosikal ini dipacu enjin satu silinder 125cc SOHC SEP yang berupaya menjana 8.5hp pada 6,750rpm dan 10Nm pada 5,500rpm.

Menariknya, enjin tersebut dilengkapi dengan sistem Suzuki Eco Performance Alpha (SEP-a), fungsi Auto Stop-Start dan Suzuki Silent Starter System.

Menurut Suzuki Malaysia, Avenis 125 hadir dengan dua varian; Standard dan GP Colour dengan masing-masing dijual pada harga RM6,980 dan RM7,200. Sementara itu, Suzuki Burgman Street EX dijual pada harga RM7,500.

Dalam pada itu, Avenis 125 menawarkan kapasiti bahan api 5.2L manakala Burgman Street EX (dengan ‘wheelbase’ yang lebih panjang) menawarkan tangki 5.5L dan merupakan yang terbesar dalam kelasnya.