
CARRO SIAR FILEM RAYA ‘SIAPA SITI?’, TAWAR PROMOSI BAUCAR, DISKAUN SEHINGGA RM8K
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, pasaran kereta terpakai terbesar di Asia Tenggara, Carro, baru-baru ini telah mempersembahkan filem raya pertama mereka, ‘Siapa Siti?’
Filem Raya berkenaan mengisahkan sebuah kisah yang memaparkan hubungan dan kenangan bersama insan tersayang dalam setiap perjalanan balik kampung.
Filem Raya pertama Carro ini menampilkan sebuah keluarga yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas semasa dalam perjalanan pulang ke kampung. Namun, semua orang dalam keluarga itu teruja apabila Opah, tokoh utama dalam filem, berkeras untuk mengejar sebuah kereta berwarna oren.
Pertanyaannya, apakah tujuan Opah sebenarnya?

Filem ini boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Carro Malaysia, dan juga akan ditayangkan di Singapura dan Indonesia bagi menambah kemeriahan sambutan Hari Raya.
Untuk menambah keseronokan, Carro turut menawarkan baucar dan hadiah cabutan bertuah kepada pelanggan mereka sempena sambutan ini.
Pelanggan di Malaysia yang membeli kenderaan Carro Certified mulai 17 April akan menikmati diskaun, baucar, dan peluang memenangi hadiah menarik seperti diskaun sehingga RM8,000 untuk kereta Carro Certified terpilih!
Bagi 800 pelanggan pertama membuat pembelian, mereka akan menerima baucar diskaun 30 peratus untuk perkhidmatan Baik Pulih Badan & Mengecat Carro Care, baucar diskaun 10 peratus untuk perkhidmatan penyelenggaraan Carro Care, dan baucar diskaun 10 peratus untuk pembaharuan insurans.
Selain itu, pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah seperti pulangan tunai bernilai RM5,000, TV Android Philips 43” bernilai RM1,800, baucar Habib bernilai RM1,000, dan baucar petrol!
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, layari laman web rasmi Carro di www.carro.co.
- BACA: MYTUKAR TUKAR NAMA KE CARRO: LANGKAH MENUJU KE ARAH TRANSFORMASI
- BACA: CARRO PAMER PROSES PEMERIKSAAN 160 POIN DAN TEKNOLOGI BAHARU YANG TELAH DIPATENKAN
- BACA: KINETA BAWA INOVASI KE HADAPAN DENGAN PENJENAMAAN SEMULA DAN LOGO BAHARU
- BACA: DRB-HICOM MELABUR DALAM GENIE MALAYSIA, BUKA PELUANG BAHARU