Buletin

CHERY JALIN KERJASAMA DENGAN DEEPSEEK, TINGKATKAN TEKNOLOGI ROBOT AIMOGA

Chery Aimoga Robotics mengumumkan kerjasama strategik dengan DeepSeek bagi memperkukuh keupayaan interaksi suara robot Aimoga melalui model AI canggih.

Langkah ini memperkukuh inovasi Chery dalam teknologi kecerdasan buatan (AI), susulan kejayaan sistem kokpit pintar Model Besar Lion AI.

Selain itu, ia juga mencerminkan pelaburan 15 tahun Chery dalam AI, selaras dengan falsafah ‘teknologi untuk manfaat semua’.

DeepSeek menggunakan cip NVIDIA H800 serta model sumber terbuka V2, V3, dan R1 bagi mempertingkat interaksi robot pemasaran di bilik pameran Chery.

Tambahnya, ujian dunia nyata akan dimulakan untuk menilai kebolehpercayaan sistem ini.

Sejak 2010, Chery telah menjalin kerjasama dengan gergasi teknologi seperti Baidu dan iFlytek. Pada 2018, ia melancarkan CheryLion, menandakan kemasukan penuh ke dalam AI.

Pada 2020, Chery memulakan pembangunan robot humanoid, yang akhirnya membawa kepada pelancaran robot Aimoga dan haiwan peliharaan robotik pada 2023.

Tahun lalu, syarikat itu mengumumkan pelaburan RM60 juta untuk pengeluaran besar-besaran robot Aimoga.

Selain inovasi AI, Chery terus mengukuhkan kedudukan dalam pasaran automotif global dengan rekod jualan 2.6 juta kenderaan pada 2024, termasuk lebih 1.1 juta unit eksport.

Untuk rekod, kenderaan Chery kini berada di lebih 80 negara dengan kehadiran kukuh di Eropah.

Menjelang 2025, Chery merancang untuk memasarkan robot humanoidnya ke luar negara, khususnya dalam sektor pemasaran automotif.

Syarikat ini juga merintis ekosistem mobiliti pintar yang mengintegrasikan AI dan Internet, memperkukuh peranannya dalam era teknologi masa depan.

Google ads
Back to top button