Buletin

HYUNDAI MAHU BANGUNKAN EV BERPRESTASI TINGGI MAMPU MILIK

Selepas membuktikan keupayaan mengeluarkan kereta elektrik melalui Ioniq 5 N, Hyundai kini sedia menghasilkan kereta elektrik mampu milik dan berprestasi.

Penasihat teknikal syarikat, Albert Biermann, percaya bahawa membangunkan EV kompak adalah tumpuan penting untuk jenama N.

Beliau mengakui bahawa standard ditetapkan tinggi untuk jenama N tetapi menekankan, menghasilkan kereta prestasi mampu milik adalah sangat penting.

“kereta EV N kecil itu adalah sesuatu yang perlu kami lakukan,” kata Biermann.

“Jika tidak, kami meninggalkan pelanggan kami. Kami perlu turun dengan sesuatu yang lebih kecil dan lebih berpatutan.”

Tamabah Biermann, EV kecil perlu menawarkan julat yang mencukupi serta dilengkapi dengan sistem elektrik 800 volt.

“Jika ia kereta N, anda mahu pergi ke trek – walaupun selama 15 atau 20 minit. Jika anda menggunakan 400-volt elektrik, anda menggandakan arus, [anda memerlukan] empat kali pelesapan haba. Kecekapan teruk,” jelasnya.

“Jika anda memikirkan jenis kereta i30 [Elantra], 400 volt tidak sesuai.”

Memandangkan Ioniq 5 serta 6 adalah kereta terkecil yang direka bentuk dan disokong oleh Platform Modular Global, EV lebih kecil dengan pengecasan 800V tidak dapat dilaksanakan pada masa ini.

Menurutnya, pembinaan EV kecil memerlukan sokongan Seni Bina Modular Bersepadu (IMA), yang dijangka tiba pada 2025.

Walaupun cabaran untuk mencipta EV mampu milik dan berprestasi memberikan cabaran lebih hebat, Biermann berazam untuk menjadikan idea ini satu realiti.

“Saya terus memberikan tekanan. Apakah cara penyelesaiannya; berapa banyak wang boleh kita belanjakan? Jika kita pergi ke segmen B, bagaimana kita boleh mendapatkan masa trek yang boleh diterima?” katanya.

Google ads
Back to top button