Modifikasi

CHEVROLET JUAL ENJIN 10,350CC, 1000HP NA, 1188NM TORK. CUKAI JALAN KENTAL!!!

Sempena pameran Speed Equipment & Manufacturing Association atau singkatanya SEMA 2021 yang akan berlangsung tidak lama, Chevrolet mula memberi bayangan enjin baru yang akan dipasarkan kelak. Enjin ini adalah enjin lantai atau crate engine khusus untuk aktiviti modifikasi

Apa yang luar biasa ialah saiz enjin ini sangat besar iaitu berukuran 10,350cc atau hampir menyamai 7 buah Myvi dengan enjin 1500cc. Enjin ini boleh menghasilkan sekitar 1004 kuasa kuda dan 1188 Nm tork, lebih berkuasa daripada enjin Mopar Hellephant yang dipasang dengan supercaj.

Dari segi teknikal, kuasa enjin ZZ632 1004 kuasa kuda ini datang pada kemuncak 6600 RPM manakala tork maksima pula dijana pada 5600 RPM. Tapi apa yang menarik ialah enjin ini berupaya menghasilkan “flat curve” tork daripada 3000 sampai 7000 RPM, tanpa ada apa-apa masalah tork dip di antara julat RPM tersebut

Blok enjin ini dihasilkan daripada keluli yang diperkuatkan sama seperti siri enjin yang lebih kecil ZZ572 Camaro namun saiz lejang dan diameter silinder telah diperbesarkan sehingga 10,350cc. Aci enkol dan rod penyambung antara piston dan engkol dibuat daripada keluli tempaan yang tahan lasak manakala piston dihasilkan daripada aluminium tempaan untuk mengurangkan berat dan inersia

Inlet manifold pula dihasilkan daripada proses mesin CNC yang rumit untuk ketepatan proses pembuatan, sama seperti kepala silinder yang dihasilkan daripada aluminium. Semua ini untuk memastikan enjin V8 ini berupaya menahan kuasa yang cukup besar terutama ketika diasak bagi perlumbaan drag yang ganas dan singkat.

Sistem bahan api pula dipasang dengan Electronic Port Injection serta nisbah mampatan dinaikkan kepada 12:1. Buat masa ini pembeli yang berminat perlu menunggu harga rasmi yang akan diumumkan oleh Chevrolet nanti, mungkin semasa berlangsungnya pameran SEMA.

Google ads
Back to top button