CHEVROLET SPARK KERETA PALING MURAH DI AS. TIADA LAGI ‘SPARK’, PRODUKSI BAKAL DIHENTIKAN
Chevrolet Spark yang merupakan kenderaan paling murah di Amerika Syarikat (AS) bakal dihentikan produksi pada musim panas ini.
Menurut CarsDirect, jurucakap General Motors, Kevin Kelly mengesahkan kereta paling murah di pasaran AS akan ditamatkan perkhidmatan.
Dia berkata model Spark akan dihentikan selepas produksi berakhir pada musim panas ini.
Chevrolet Spark mula menembusi pasaran AS hampir sedekad lalu dijual pada harga asas di bawah AS$15,000 (RM 62,737).
Biarpun ditawarkan pada harga mampu milik, khabar angin berhubung pemberhentian produksi sudah lama bertiup kencang dalam industri automotif.
Memandangkan GM sedang memberi tumpuan kepada peralihan kenderaan elektrik (EV) tidak hairanlah model berkenaan bakal dihentikan pada musim panas ini – carbuzz
- BACA: CHEVROLET JUAL ENJIN 10,350CC, 1000HP NA, 1188NM TORK. CUKAI JALAN KENTAL!!!
- BACA: CHEVROLET AVALANCHE PARKIR SELAMA 4 HARI DIPENUHI WALNUT SEBERAT 68 KG. TUPAI PUN PANDAI PRANK
- BACA: MONOPOLI MELAMPAU CHEVROLET DI UZBEKISTAN. HARGA MAHAL, RAKYAT TIADA PILIHAN
- BACA: CHEVROLET SPARK 2021 KERETA PALING MURAH DI AS. TAK BOLEH LAWAN AXIA