Pandu Uji

CITROEN DS5 & DS4

Sejak mendapat hak sebagai pengedar rasmi kenderaan Citroen di Malaysia pada Januari lalu, Naza Euro Motors (NEM) tidak menunggu lama untuk memperkenalkan produk terbaharunya. 

Sempena pelancaran bilik pamerannya bernilai RM3.5 juta yang terletak di Glenmarie Shah Alam, Selangor, dua model Citroen diperkenalkan kepada umum. Terimalah model seksi dan berprestasi tinggi, Citroen DS5 dan DS4!

Citroen Launch 2[1]

Menurut Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, SM Nasimuddin SM SM Nasimuddin, kehadiran Citroen DS5 dan DS4 menandakan era baharu jenama Citroen di Malaysia. Kedua-dua model tersebut merupakan DNA kepada inovasi dan kecemerlangan Citroen.

Kalau diikutkan, Citroen bukanlah jenama baru di Malaysia. Antara model Citroen yang pernah popular sekitar tahun 1990-an ialah hatchback Citroen ZX Volcane, sedan Xantia, Xsara dan MPV Evasion.

Sebelum NEM, kenderaan Citroen diedar oleh pihak Brooklands Motors sejak tahun 2007. Dalam tempoh itu, jumlah jualannya Citroen tidaklah banyak. Tetapi masih boleh membuatkan jenama itu terus hidup dalam pasaran yang begitu mencabar.

Pada tahun 2012, Brooklands Motors dilihat cuba bangkit apabila memperkenalkan model baharu Citroen iaitu hatchback C4 dan DS4. Bukan itu sahaja, ia juga berpindah ibu pejabat dari jalan Chan Sow Lin di Cheras, Kuala Lumpur ke lokasi baharu di tepi Lebuh Raya Persekutuan.

garaj - citroen DS5 (3)

Bagaimanapun, kebangkitan itu nampaknya tidak bertahan lama sebelum hak pengedaran kenderaan Citroen beralih kepada anak syarikat Kumpulan Naza, NEM.

NEM nyata memiliki kelebihan kerana Nasim Sdn. Bhd. (Nasim) yang juga merupakan subsidiari Kumpulan Naza dilihat semakin sukses dalam menaikkan semula jenama  Peugeot sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Jelas NEM, di pasaran Malaysia, Citroen akan diposisikan sebagai jenama yang lebih premium berbanding Peugeot. Maka sebagai permulaannya, NEM menawarkan model Citroen daripada rangkaian varian DS.

Varian DS sebenarnya dilancarkan oleh Citroen mulai tahun 2010. Matlamatnya, mahu mengetengahkan model-model yang mempunyai reka bentuk mengagumkan. Ia dibina di atas dua falsafah Citroen iaitu kreativiti dan teknologi.

Citroen DS5

garaj - citroen DS5 (4)

Inilah penerima anugerah Family Car of the Year oleh majalah pemotoran terkenal di United Kingdom, Top Gear. DS5 dikatakan menawarkan pendekatan baharu dalam segmen premium.

Debut DS5 bermula sebagai kereta konsep C-Sportlounge pada Frankfurt Motor Show 2005. Ia menampilkan rekaan luaran dengan siluet aerodinamik yang menonjol dan berani, sekali gus membuktikan kepakaran gayaan Citroen.

Ruang kabin DS5 dibina berdasarkan kepada inspirasi rekaan kokpit pesawat terbang. Konsol tengahnya menempatkan skrin paparan untuk kamera mengundur serta sistem audio Arkamys bersama HiFi jenama Denon yang disambung dengan sepuluh unit pembesar suara. Butang kawalan pendingin hawa dua zon juga diletakkan di sana.

garaj - citroen DS5 (1)

Pada bahagian bumbung, terdapat butang kawalan seperti gaya kokpit pesawat. Sementara bumbungnyapula terdiri daripada tiga keping kaca yang mampu meningkatkan lagi ambien keseluruhan kabin.

Ciri inovatif lain yang ada pada DS5 ialah paparan head-up display (HID) berwarna dan sistem penghidup enjin Start/Stop. Akses tanpa kuncinya membolehkan pemandu mengunci atau membuka pintu kereta dengan hanya menyentuh hendal pintu.

Bukan itu sahaja, DS5 turut dilengkapi tempat duduk elektrik boleh laras bersama fungsi mengurut untuk pemandu, brek parkir elektronik serta penggilap cermin automatik.

4505

Jentera ini dikuasakan oleh unit enjin bersesaran 1.6 liter twin-scroll turbo pancitan terus bertekanan tinggi yang mampu menjana sehingga 156hp dan tork 240Nm. Enjin itu  kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan. Tidak mengabaikan aspek ekonomikal, Citroen mendakwa DS5 mampu bergerak sejauh 7.3 kilometer (km) bagi setiap liter petrol dengan emisi hanya 159 gram untuk setiap 100km.

DS5 juga tampil dengan lebih selamat menerusi pelbagai ciri keselamatan termaju seperti ESP, ABS, EBD dan EBA, selain beg udara utama dan sisi. Bagi menyerlahkan penampilan maskulin, DS5 hadir bersama lampu utama jenis Xenon, lampu kabus dengan fungsi membelok serta rim aloi bersaiz 18 inci. DS5 ditawarkan pada harga RM195,000 (di atas jalan) seunit dan didatangkan dalam beberapa warna eksklusif.

Citroen DS4

64417cit6

DS4 dinobatkan sebagai kereta paling cantik (Most Beautiful Car of the Year) pada Anugerah Reka Bentuk Auto Bild 2011 dan menjadi model kedua yang dilancarkan di bawah lencana DS.

Tampil dengan gayaan unik, DS4 ialah sebuah coupe dengan kapasiti tempat duduk 2+2. Tubuhnya dibentuk dengan sempurna sehinggakan jika dilihat dari mana-mana sudut sekali pun, jentera itu membiaskan falsafah rekaan unik Citroen dan DNA varian DS yang tersendiri.

64417cit7

Di bawah hudnya, terletak unit enjin turbo bertekanan tinggi twin-scroll bersesaran 1.6 liter. Enjin dengan sistem pancitan terus bahan api itu berupaya menghasilkan kuasa maksimum 163hp dan tork 240Nm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan automatik. Citroen mendakwa, kadar penggunaan bahan api DS4 adalah 7.7km bagi setiap liter. Sementara emisinya dihadkan kepada 178 untuk setiap 100km.

DS4 tidak berkompromi dengan aspek keselamatan. Justeru, ia dipasang dengan sistem keselamatan seperti ESP, ABS, EBD and EBA. Sistem lain yang turut diaplikasikan ialah sistem pemantauan titik buta pada bahagian sisi kenderaan.

66353-a-cit

Demi keselesaan penumpang, DS4 dilengkapi sistem pendingin hawa dua zon, sistem bunyi Arkamys, ketersambungan Bluetooth dan kemasan kulit Habana Club. NEM menawarkan DS4 pada harga RM165,000 seunit.

Kembali kepada Citroen Glenmarie. Bilik pameran itu berkeluasan 2,043 meter persegi yang merangkumi lapan ruang servis dengan kemampuan menyelenggara sehingga 24 buah kereta sehari.

Bertindak selaku ibu pejabat NEM, ia turut menempatkan sebuah DS Salon yang mempamerkan identiti korporat DS. Citroen Glenmarie adalah sebahagian daripada rangkaian pengembangan jenama Citroen di Malaysia. Dua buah premis akan dibuka di wilayah Utara dan sebuah di Selatan menjelang suku kedua tahun ini.

[hr] Galeri 

_DSC6523450961542-d-cit64417cit466353-b-cit67151-a-flewCitroen Showroom Night 1[1]DS4 Exterior 4DS4 Interior 2DS4 Interior 3garaj - citroen DS4

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button