Artikel Pilihan

10 LAMPU HADAPAN PALING MENARIK PERNAH DIREKA

Percaya atau tidak rekabentuk lampu hadapan kenderaan memang mempunyai pengaruhnya yang tersendiri. Lampu pop-up contohnya memang satu rekaan yang sangat cool dan membuatkan kita jatuh hati dengan Mazda RX-7 Savanna dan Honda Prelude generasi kedua.

Kini peraturan keselamatan yang ada telah membunuh rekaan lampu tersebut tetapi kreativiti pereka memang tiada batasannya. Rekaan lampu hadapan baru muncul hari demi hari sekaligus memberikan karektor yang tersendiri kepada sesebuah kereta.

Mari kita tengok beberapa rekaan lampu yang terpahat di dalam sejarah automotif sebagai rekaan yang sangat menarik perhatian.

  1. MAZDA FURAI

Mazda Furai ialah sebuah model konsep perlumbaan yang berfungsi sepenuhnya. Ia diasaskan daripada casis jentera Le Mans dan dibina oleh Mazda pada tahun 2007.

Mazda memang cukup pakar dalam menghasilkan ekspresi muka tersenyum pada bahagian depan kereta rekaan mereka dan bagi Furai ini, rekaan lampu membuat kereta kelihatan tersenyum sinis dan penuh keyakinan yang ia bersedia untuk menakluk mana-mana litar di dunia yang fana ini.

Sayangnya hayat Furai tidak kekal lama kerana hangus terbakar dalam satu sesi ujian bersama rancangan televisyen Top Gear beberapa tahun lepas.

2. CIZETA V16T

Kalau sepasang lampu pop-up sudah dianggap sangat cool, macam mana dengan dua pasang lampu pop-up? Mesti lebih sejuk kan?

Ia merupakan satu-satunya model yang dihasilkan oleh syarikat Cizeta-Moroder dan dikuasakan oleh enjin V16. Kereta sports ini dibangunkan oleh sekumpulan bekas pekerja Lamborghini dan dilancarkan pada tahun 1991.

Jika anda mempunyai simpanan yang mencukupi dan meminta dengan sopan, mereka masih akan menghasilkan sebuah Cizeta V16T untuk anda pada masa sekarang.

3. OPEL GT

Sekali tengok rekaan lampu Opel GT yang macam katak ini disangkakan sebagai lampu pop-up biasa. Sebenarnya ia lebih unik kerana bukaannya ialah dari sisi ke sisi dan bukannya bawah ke atas seperti lampu pop-up biasa.

Tak kira berapa kali kita melihat aksi lampu ini dibuka ia memang akan mengasyikkan kanak-kanak dan bapak mereka sekali.

4. TUCKER TORPEDO

Tak ada kena mengena dengan sup torpedo tapi ia sebenarnya sebuah model yang penuh dengan inovasi tetapi menemui kegagalan selepas dilancarkan pada tahun 1948.

Ia memang sebuah kereta yang besar dan kelihatan agak pelik dengan 3 lampu utama di hadapan. Lampu bahagian tengah tu agak unik kerana ia akan bergerak mengikut sudut pusingan stereng untuk membantu pemandu melihat dengan lebih baik pada waktu malam.

Kira lampu corner versi terawal la ni. Tapi biasalah kereta Amerika kot.

Amerika pandai ke buat kereta?

5. TVR TUSCAN

TVR terkenal kerana menghasilkan beberapa model sports yang kelihatan agak brutal. Tapi model yang satu ni memang menarik perhatian kami kerana rekaan 3 pasang lampu hadapan yang diletakkan secara menegak itu memang membuatkan ia kelihatan ganas.

Nampak macam haiwan makhluk asing pun ada, kata Pokya yang baru lepas tengok cerita Predator di warung kopi Pak Munawer.

6. ALFA ROMEO MONTREAL

Model Alfa yang satu ni tidaklah popular sangat kecuali jika anda memang peminat tegar Alfa Romeo.

Tapi sama seperti model Alfa lain ia memang direka dengan cukup teliti dan menarik. Tengok sahaja lampu hadapannya yang mempunyai kekisi. Sekali pandang nampak macam cermin tingkap pun ada kan?

7. BUICK RIVIERA

Lampu Buick Riviera yang disusun menegak memang kelihatan cukup cool. Apatah lagi bila pelindungnya dibuka dengan dua pergerakan, separuh ke atas dan separuh lagi ke bawah. Ia bagaikan sepasang mata yang celik dari tidur terbuka luas bersedia untuk memecut laju.

Ya, tapi dia dari Amerika.

8. BUGATTI GALIBIER

Sebagai pengeluar kereta kelas atasan, rekaan lampu Bugatti memang penuh drama.

Lampu-lampu LED Galibier ini memang kelihatan seperti sepasang mata yang bercahaya pada waktu malam dan seolah-olah merenung anda dengan pandangan yang dingin dan errr…kejam?.

Ia bukan sekadar lampu tetapi juga satu karya seni.

9. ALFA ROMEO BRERA

Susunan biasa lampu hadapan kenderaan ialah sepasang ataupun dua pasang lampu utama yang diletak selari ataupun menegak.

Alfa Romeo Brera memang unik kerana mempunyai tiga unit lampu bersaiz sama di bahagian kiri dan kanan kereta. Kalau pada kereta jenama lain ia mungkin akan nampak pelik tetapi bukannya pada kereta ini. Ia kini kelihatan lebih stylo dan licik.

10. PORSCHE 928

Sebelum undang-undang mengharamkan lampu pop-up dikuatkuasakan, Porsche sudah pun mempunyai lampu pop-up versi mereka sendiri. Lampu ini lebih unik kerana ia tidak mempunyai penutup.

Jadi sewaktu hari siang, lampu ini menghadap ke atas ke arah langit tetapi sebaik dihidupkan ia akan diaktifkan dan menyuluh ke arah hadapan kereta seperti lampu biasa.

11. VOLVO S90 & XC90

Teknologi LED telah banyak menukar corak permainan rekaan lampu utama kenderaan. Jika Audi terkenal dengan DRL mereka, Volvo pula mempunyai trademark baru iaitu lampu hadapan yang mempunyai nyalaan ala penukul milik Thor.

Dari jauh lagi kita boleh mengenali Volvo baru dengan rekaan baru yang unik ini.

12. DODGE CHARGER

Mana lengkap senarai lampu ikonik tanpa Dodge Charger generasi pertama. Kereta kegemaran Dominic Toretto dan bintang utama Duke of Hazzard ini memang mempunyai lampu utama dengan bukaan unik.

Sebaik pemandu menyalakan lampu, pelindung akan terbuka dengan bukaan ala pintu garaj dan bukannya seperti mekanisma lampu pop-up. Ini memang satu aksi yang sangat-sangat sejuk.

Kredit Carbuzz.com

Tags
Google ads
Back to top button