Buletin

COVID-19 DI MALAYSIA DIRAMAL BERAKHIR 6 MEI INI – SUTD

Penularan wabak COVID-19 yang kini terus menghuru-harakan seluruh dunia diramai bakal berakhir di Malaysia pada 6 Mei ini, lapor satu kajian oleh Singapore University Technolog and Design (SUTD). 

Ramalan itu dibuat berdasarkan kepada data yang dikeluarkan oleh SUTD Data-Driven Innovation Lab pada Jumaat lalu.

Ia merupakan hasil penilaian yang menggunakan model susceptible-infected-recovered (SIR) sekurang-kurangnya 97 peratus ke atas 28 buah negara termasuk Malaysia.

Model SIR digunakan untuk memodelkan penyebaran penyakit pandemik ini dengan penggunaan kalkulator grafik untuk memplotkan graf.

Sebelum ini, model yang sama pernah digunakan untuk meramalkan beberapa penyakit seperti AIDS dan wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang melanda dunia pada 2003.

Menurut kajian itu, dunia hanya akan pulih sepenuhnya 100 peratus daripada virus COVID-19 pada 8 Disember 2020. Manakala pada 29 Mei ini, peratusan jangkitan akan turun kepada 97 peratus.

Jangkitan wabak global di Amerika Syarikat (AS) yang paling teruk terjejas dengan 936,293 jangkitan dan 53,511 kematian dijangka berakhir pada 11 Mei.

Situasi itu mungkin berlaku berikutan hasil penilaian terbaharu wabak tersebut yang kini menunjukkan penurunan di beberapa tempat.

Virus tersebut diramalkan berakhir di Singapura pada 4 Jun ini dengan 97 peratus penurunan. Sementara di Itali  pada 7 Mei, Jepun (18 Mei), Indonesia (6 Jun), India (21 Mei), Mesir (19 Mei) dan Filipina (8 Mei).

Daripada graf tersebut, jangkitan COVID-19 di Qatar pula dijangka berakhir pada 26 Jun iaitu antara yang paling lambat daripada 28 buah  negara.

Australia merupakan satu-satunya negara yang bakal menyaksikan kadar sembuh 100 peratus pada 22 Mei, lebih awal berbanding negara-negara lain di dunia. – Astro Awani

Google ads
Back to top button