Buletin

GUNA CIMPANZI LAKUKAN SANITASI, ZOO THAILAND DIKECAM

Sebuah Zoo di Thailand dikecam kerana menggunakan seekor cimpanzi untuk melakukan proses sanitasi bagi membendung penularan wabak COVID-19. 

Setelah video berkenaan tular, pihak Zoo dan Ladang Buaya Samut Prakarn diarahkan oleh pihak berkuasa supaya menghentikan aktiviti itu serta-merta.

Cimpanzi berusia enam tahun itu dipakaikan baju berbunga-bunga dan mengenakan topeng muka. Haiwan itu juga dilihat berbasikal sambil membawa tong cecair semburan nyahkuman di bahagian belakang untuk membuat semburan di kawasan zoo.

Menteri Alam Sekitar, Varawuth Silpa-archa kemudiannya melawat zoo berkenaan pada Selasa lalu. Beliau meminta pihak zoo menghentikan aktiviti yang mampu mengancam nyawa haiwan tersebut.

Sebelum ini, zoo sama pernah dikritik kerana menggunakan sepasang gajah yang kelihatan kurus serta tidak bermaya dalam satu pertunjukan mereka. – AFP 

Google ads
Back to top button