BuletinMotosikal

CUBPRIX 2017 – AFIF OPTIMIS PELUANG DI JASIN

Ahmad Afif Amran tidak boleh ketinggalan jauh kepada Kasma Daniel Kasmayuddin seandainya mahu kekal dalam pemburuan gelaran keseluruhan kelas CP150 pada saingan pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Jasin, Melaka, pada 5 dan 6 Ogos ini.

Pelumba PETRONAS Yamaha-CKJ itu berada di tangga teratas selepas perlumbaan pusingan keempat di Teluk Intan dengan kelebihan satu mata namun penamat di tempat ketiga sewaktu perlumbaan lepas di Selangor meletakkan Afif jatuh ke tangga kedua keseluruhan dengan 67 mata, lapan mata ketinggalan kepada Kasma di tangga teratas dengan 75 mata.

BACA: PUSINGAN JASIN, LOKASI TERBARU CUBPRIX 2017

“Saya tidak boleh berada jauh di belakang Kasma kalau mahu kekal bersaing. Saya cuba untuk mendapat penamat lebih baik sewaktu di Serdang tetapi gagal, mujur dapat menaiki podium dan tidak keciciran mata terlalu jauh,” jelas Afif.

Tambahnya, “Saingan di Melaka minggu ini juga saya perlu kompetitif. Litar baru tidak memberi banyak kelebihan kepada sesiapa, tetapi pasukan mana yang memiliki jentera lebih baik dan cepat menyesuaikan diri dengan litar sudah tentu akan mempunyai kelebihan.”

“Saya perlu mencari peluang untuk menewaskan kasma, tetapi bukan mudah kerana semua tahu yang dia memang laju. Tambahan pula bentuk litar ini memberi kelebihan kepada pelumba dan jentera yang laju.

 

 

Tags
Google ads
Back to top button