Artikel Pilihan

DASHCAM PADU DDPAI Z50. 4K RES, RAKAMAN 2 SALURAN, PEMANTAUAN PARKIR 24 JAM, GPS & WIFI BINAAN DALAM. HARGA MAMPU MILIK!

Dalam zaman yang macam-macam perkara boleh berlaku di atas jalan raya, kamera papan pemuka kereta atau lebih dikenali sebagai dashcam merupakan satu aksesori wajib ada dalam setiap kenderaan.

Malah, ia perlu menjadi perkara pertama yang dipasang selepas anda mendapat kereta baharu dan bukannya menukar sport rim, bodykit dan sebagainya.

Masalahnya, jenama dan spesifikasi dashcam yang mana perlu ada beli? Ini kerana ada terlalu banyak pilihan dashcam di pasaran sekarang.

Tak perlu pening kepala lagi kerana Mekanika Malaysia ada satu dashcam yang power dan pasti dapat memenuhi keperluan anda.

Terimalah DDPAI Z50 yang merupakan antara dashcam paling padu yang boleh anda beli sekarang.

Lebih manarik lagi, DDPAI Z50 didatangkan dalam satu set merangkumi kamera hadapan dan belakang untuk rakaman dua saluran. Untuk kamera hadapan, ia didatangkan dengan sensor Sony IMX 415 4K UHD dengan kapasiti 8 megapiksel.

Aperture pula boleh dibuka sehingga F1.75 dengan pandangan sudut lebar 140 darjah. Maksudnya apa? Anda boleh mengharapkan kualiti video yang sangat jelas, walaupun pada waktu malam kerana kamera ini turut dilengkapi teknologi Nightvis.

Untuk kamera belakang pula, DDPAI Z50 menawarkan kualiti rakaman video 1080P dan boleh dipusing 360 darjah untuk disesuaikan dengan apa jua sudut kecondongan cermin belakang kenderaan.

DDPAI Z50 hadir dengan ciri D²save yang berfungsi sebagai storan kecemasan apabila sistem mengesan kerosakan pada kad memori. Jadi, ia secara automatik akan beralih ke storan NAND Flash dan membaiki fail-fail yang telah rosak untuk menyimpan semua rakaman.

Lebih menarik lagi, DDPAI Z50 menyokong kad mikro SD sehingga 128GB. Ini membolehkannya merakam selama lapan jam secara terus menerus tanpa sebarang masalah.

Ciri seterusnya ialah Smart Parking Monitoring 24 jam yang berfungsi merakam keadaan sekeliling ketika kereta diparkir.

Mungkin ada yang beranggapan kamera ini akan makan bateri dan sebagainya. Jangan risau kerana DDPAI Z50 mempunyai sistem pengurusan kuasa IPS yang boleh mengesan voltaj bateri, sekali gus mengelakkan daripada bateri habis sepenuhnya.

Sebagai sebuah dashcam moden, DDPAI Z50 didatangkan dengan sistem bantuan pemanduan ADAS (Advance Driver Assistance System). Berbanding sistem ADAS dalam dashcam lain, DDPAI Z50 ditambah dengan ciri Forward Vehicle Start Alarm yang berfungsi memberi isyarat jika kereta hadapan sudah bergerak.

Dashcam ini juga mempunyai ciri Super Capacitor binaan dalam yang berfungsi mengelakkanya daripada menjadi terlalu panas (overheat). Bukan itu sahaja, kamera ini dilengkapi ciri Super Sense Reality Effect 2.0, GPS dan WiFi binaan dalam yang canggih.

GPS berkenaan boleh mengingati lokasi dengan tepat dari segi kelajuan, laluan dan masa. Jadi, jika berlaku apa-apa kemalangan, pemandu akan mempunyai rekod yang terperinci.

Dah tahu pasal semua kelebihan mesti rasa nak beli kan? Anda boleh mendapatkan DDPAI Z50 menerusi pautan Shopee Mall ini. Hah, tunggu apa lagi? Beli sekarang, habis nanti menyesal pula.

GALERI

Google ads
Back to top button