Buletin

PORSCHE ASIA PASIFIK DAN SHELL LANCAR DC FAST CHARGER DI 11 STESEN SHELL DI THAILAND

Porsche Asia Pasifik dan Shell hari ini mengumumkan pelancaran tapak Pengecasan Prestasi Tinggi Shell (HPC) pertama di Bang Yai, Bangkok. Pelancaran tapak HPC ini menandakan mulanya pembinaan pengecas arus terus (DC) 180 kW dan 360 kW di sebelas stesen Shell di seluruh Thailand. Ini membolehkan perjalanan bebas pelepasan dari wilayah selatan Songkhla hingga ke wilayah utara Chiang Mai.

Apabila ia beroperasi pada suku pertama tahun 2023, rangkaian HPC di Thailand juga akan disambungkan ke rangkaian Shell HPC serantau di enam lokasi di Malaysia dan tiga lokasi di Singapura. Ini menjadikan perjalanan tanpa pelepasan mungkin merentasi jarak lebih 2,200 kilometer di ketiga-tiga negara Asia Tenggara.

Inisiatif bersama antara Porsche Asia Pasifik dan Shell akan menjadi laluan pemanduan tanpa pelepasan terpanjang di Asia Tenggara yang membolehkan pemilik kenderaan elektrik melakukan perjalanan jarak jauh, kira-kira lebih daripada 800,000 kilometer persegi keluasan daratan. Perkongsian ini juga memberi faedah istimewa kepada pemilik Porsche Taycan baharu.

Pada kelajuan pengecasan 180 kW, Porsche Taycan boleh bergerak daripada Keadaan Pengecasan (SoC) 0 peratus kepada 80 peratus hanya dalam masa sekitar 30 minit. Bermakna, jarak pemanduan mampu sehingga mencapai 390 km. Sekiranya dengan kelajuan pengecasan 270 kW, kadar maksimum Porsche Taycan boleh dicas hanya mengambil masa 22 minit sahaja.

Pemilik Taycan baharu di Thailand menerima keahlian Platinum percuma selama tiga tahun. Pada masa ini, mereka menikmati pelbagai faedah, termasuk diskaun 50 peratus daripada kadar Bayar Setiap Penggunaan (PPU), pra-tempahan percuma sehingga satu jam sebelum tiba di mana-mana tapak Shell HPC selain mendapat 10,000 mata Shell GO+ untuk menebus diskaun pelbagai produk dan perkhidmatan Shell.

Di Thailand dan Malaysia, pengguna aplikasi Sharge dan ParkEasy akan menikmati pengalaman yang lebih lancar, kerana kedua-dua aplikasi ini membolehkan akses kepada keseluruhan rangkaian tapak Pengecasan Destinasi Shell HPC dan Porsche di kedua-dua negara.

Semua pemilik kenderaan elektrik di Singapura, Malaysia dan Thailand juga boleh menggunakan Rangkaian Shell HPC melalui kadar PPU, atau melanggan pelan keahlian mengikut kadar keutamaan.

Google ads
Back to top button