Buletin

MAZDA6 BAHARU BAKAL BUAT KEJUTAN

Pada Mac 2019, Mazda mengumumkan bahawa ia sukar mengendalikan enjin petrol dan diesel enam silinder baharu yang akan tiba dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Hakikatnya, Mazda telah pun menjayakan enjin tersebut dan memfailkan paten untuk transmisi automatik lapan kelajuan. Mazda juga akan menggunakan kedua-dua ciptaan itu dalam satu produk baharu.

Secara amnya, agak sukar untuk memuatkan enjin enam selinder ke dalam ruang enjin yang berkedudukan melintang. 

Mungkin Mazda6 akan mengalami satu perubahan mendadak dalam penyusunan rangkaian kuasanya.

Walaupun Mazda dikatakan memiliki kotak gear jenis torque converter antara yang terbaik dari segi kualitinya. Namun transmisi automatik enam kelajuan Mazda masih dilihat tertinggal di belakang para persaingnya.

Pembuat kenderaan Jepun tersebut menawarkan sedikit pilihan berbanding pesaingnya iaitu dengan pelbagai pilihan enjin empat silinder.

Tags
Google ads
Back to top button