Buletin

ZHIJI L7 JENTERA SUKAN ELEKTRIK DARI CHINA. 540 HP/700NM

Zhiji Auto yang merupakan syarikat kerjasama antara SAIC, Zhangjiang Hi-Tech dan Kumpulan Alibaba baru-baru ini melancarkan model sedan berkuasa elektrik Zhiji L7.

Jentera sukan elektrik berkenaan didakwa mampu memecut sepantas bawah empat saat dari 0-100 km/j dengan kuasa 540 hp dan tork 700 Nm.

Zhiji L7 merupakan EV pertama dilengkapi sistem pengecasan tanpa wayar 11 kW dengan keberkesanan pengecasan sehingga 91 peratus dan jarak 80 km dalam masa satu jam sahaja.

Kenderaan elektrik terbaharu itu didatangkan dengan dua varian pek bateri 93 kWh yang menawarkan jarak operasi sejauh 615 km dan pek bateri sebesar 118 kWh pada jarak operasi sejauh 1,000 km.

Ia dilengkapi 12 unit kamera, radar gelombang 5 milimeter, 12 radar ultrasonic dan Lidar.

Ruang kabin pula menempatkan skrin paparan gergasi bersaiz 39 inci dengan resolusi 4K merentasi papan pemuka, skrin tambahan di konsol tengah yang menawarkan akses kepada kawalan kenderaan, dan dibantu dengan sistem operasi tersendiri.

Zhiji L7 menawarkan tiga warna eksklusif iaitu putih (Diana White), hitam (Repin Black) dan Rapheal Tea. – carscoops

Google ads
Back to top button