Buletin

DUA MEKANIK DIDAKWA SABOTAJ BREK KERETA PELANGGAN TANPA SEBAB

Media WPXI baru-baru ini melaporkan bahawa dua orang mekanik didakwa melakukan sabotaj ke atas brek pelanggan tanpa siapa tahu mengapa mereka berbuat demikian.

Semuanya bermula apabila mangsa yang tidak dikenali membawa kenderaan ke No. 1 Cochran Hyundai di Monroeville, PA pada awal Jun lalu. Pemiliknya diberitahu bahawa kenderaan tidak lulus pemeriksaan negeri kerana masalah pad brek.

Tetapi selepas membawa kereta itu kepada pengedar, dia memberitahu pihak berkuasa bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan keretanya. Ketika itulah mereka kembali ke Cochran Hyundai untuk mendapatkan penjelasan.

Pemilik kereta itu segera menghubungi unit penipuan kenderaan negeri dan selepas pemeriksaan ke atas kereta itu, seorang pegawai menemui penyebabnya. Seseorang seperti telah meletakkan pemutar skru kepala rata di antara pad brek, menyebabkannya terpisah.

Penyiasat segera berjumpa dengan mekanik juruteknik yang bertanggungjawab, Aaron Eager, berusia 31 tahun dan Jacob Ciarkowski, 20 tahun. Lebih menghairankan, kedua-duanya mengaku dan memberitahu bagaimana mereka melakukannya.

“Kedua-dua mekanik memberitahu mereka meletakkan pemutar skru dan menggunakan tukul,” pegawai polis Pennsylvania, Rocco Gagliardi. Mereka juga mengakui melakukan itu semua sendiri tanpa pengetahuan majikan.

Eager dan Ciarkowski kemudian didakwa atas kesalahan jenayah dan aktiviti yang menyalahi undang-undang. Cochran Hyundai pula menyatakan apa yang diberitahu dua orang mekanik tersebut tidak benar.

Google ads
Back to top button