
PENGEDAR BERI DISKAUN HONDA CIVIC HATCHBACK RM44K. TETAPI ADA PULA MARK-UP RM47K DAN YURAN RM12K
Jika sebelum ini hangat dengan isu pengedar menetapkan harga jualan begitu tinggi, kini mereka didakwa menggunakan seribu satu taktik untuk memperdayakan pelanggan.
Di Florida, sebuah pengedar Honda meletakkan tanda harga yang mengelirukan untuk sebuah Honda Civic hatchback iaitu AS$26,240 (RM124,508).
Ini bukan model Civic Type R atau Civic Si, tetapi Civic Hatchback dengan transmisi manual. Pelanggan yang menggunakan nama cfvhbvcv menyiarkan imej harga di bawah yang didakwa diambil daripada West Shore Honda berhampiran Tampa, Florida.

Dengan diskaun dinyatakan sebanyak AS$9,400.84 (RM44,617), ia cukup mengejutkan dan mengujakan. Namun, ia hanyalah taktik untuk mengenakan caj tersembunyi sehingga harga akan menjadi lebih mahal berbanding penetapan harga asal oleh Honda.
Pelanggan kemudian dikenakan caj tambahan kira-kira AS$600. Tidak cukup dengan itu, terdapat tawaran “Westshore Adv” sebanyak AS$2,995 (RM14,211) untuk rangkaian perkhidmatan rawak seperti “Perkhidmatan Tayar Nitrogen” dan “Etsa VIN Anti-Kecurian.”
Pelanggan juga dikatakan tidak mempunyai pilihan selain melanggan tawaran “Westshore Adv”. Jelas sekali, ia adalah tawaran yang tidak munasabah.
Terdapat beberapa pengajaran penting di sini. Pertama, minta nasihat daripada orang lain yang berpengetahuan tentang kereta sebelum membuat pembelian. Kedua, bersedia pergi ke pengedar lain yang lebih jujur dan menjual kereta pada harga berpatutan.
Melihat pelbagai diskaun dan tawaran penuh licik ini, adalah tidak berbaloi untuk pelanggan menghabiskan wang dengan begitu mudah hanya untuk mendapatkan kereta yang diinginkan.
- BACA: PENGEDAR HONDA DI AS BIMBANG DIABAIKAN DARIPADA RANCANGAN HONDA DAN SONY
- BACA: HONDA HR-V 2022 AKAN DIPAMERKAN DI PENGEDAR TERPILIH BERMULA 18 JUN – 5 JULAI. SILA BUAT TEMU JANJI DAHULU
- BACA: TIDAK UNTUNG, HONDA PERTIMBANG 3 PILIHAN. KELUAR DARI AUSTRALIA, KECILKAN RANGKAIAN ATAU LANTIK PENGEDAR BEBAS
- BACA: HONDA MALAYSIA RECALL 702 UNIT CITY HYBRID (2021) & CIVIC (2022) KERANA MASALAH ADAS, KIMPALAN KERUSI PEMANDU









