Buletin

DS VIRGIN RACING DENGAN BARISAN PELUMBA BRITISH BERSEDIA BERSAING DI FORMULA E NEW YORK

Pasukan DS Virgin Racing Formula E bakal mempertaruhkan keseluruhan pelumba berketurunan British untuk perlumbaan pusingan di New York pada 15hb dan 16hb Julai 2017 nanti. Malah DS Virign Racing turut menyasarkan untuk terbang tinggi pada pusingan 9 dan 10 di litar jalanan, Brooklyn Street Circuit.

BACA : BERAPAKAH KOS SEBUAH KERETA PERLUMBAAN GRAND PRIX FORMULA SATU?

BACA : RENAULT TreZor CONCEPT INI DIPILIH KERETA KONSEP PALING CANTIK DAN DIKUASAKAN OLEH ENJIN FORMULA E

Pelumba yang berusia 23 tahun yang kini menetap di Essex, Alex Lynn yang sebelum ini bertindak sebagai Pemandu Simpanan bakal beraksi pada saingan sebenar menggantikan Jose Maria Lopez yang tidak dapat beraksi. Beliau bakal beraksi disamping seorang lagi pelumba utama Sam Bird, yang berasal dari Roehampton.

Apa yang menariknya, tempat Pelumba Simpanan bakal diisikan oleh Sir Richard Branson selaku pemilik pasukan, seorang taikun penerbangan dan industri hiburan melalui Virgin Group. Menurutnya, beliau menawarkan diri kepada Prinsipal Pasukan, Alex Tai untuk mengambil posisi Pelumba Simpanan setelah melihat situasi demikian. Malah Sir Richard turut telah menjalani ujian masa di Bandar Manhattan dengan harapan dapat menunjukkan keupayaan beliau di hadapan bos sendiri (ironinya Alex Tai adalah Ketua bagi pelumba pasukan walaupun Sir Richard sendiri sebetulnya adalah bos kepada beliau).

Menurut Alex Tai, beliau sememangnya sudah lama meminati Alex Lynn sebagai pemandu dan ianya sudah tentu sesuatu yang menarik untuk melihat debut Alex Lynn dalam persaingan sebenar dalam Formula E. Ditambah pula dengan kesediaan Sir Richard Branson untuk menggalas tugas selaku Pemandu Simpanan. Manakala bagi Sam Bird pula, beliau telahpun menjalani latihan simulasi selama berjam lamanya bagi memahirkan diri dengan litar sepanjang 1.953km yang direka khas ini.

Berkedudukan tangga keempat secara keseluruhan, DS Virgin Racing menyasarkan untuk beraksi lebih cemerlang di New York dengan kedudukan podium sebagai sasaran utama setelah kedua jentera mereka berupaya untuk mengutip mata dalam perlumbaan yang sebelumnya yang berlangsung di Berlin. Alex Lynn walaupun masih muda tetapi pengalaman beliau dalam perlumbaan satu tempat duduk ini boleh tahan handal juga sebenarnya. Beraksi dalam siri GP3 dan GP2 selain daripada merupakan pemandu pembangunan untuk William F1 merupakan antara yang terkandung dalam resume beliau. Sikit masa, pasti berganjak ke F1 pula.

Sumber : Newspress.co.uk

Google ads
Back to top button