Buletin

JAGUAR SERTAI FORMULA E

Jaguar Land Rover (JLR) mengumumkan kemunculan semula dalam perlumbaan sukan bermotor antarabangsa. Jaguar bakal menyertai kejohanan Perlumbaan Formula E musim ketiga tahun hadapan.

jaguar-formula-E-mekanika (2)

Formula E  akan menawarkan peluang unik buat JLR untuk membangunkan rangkaian kuasa kenderaan elektrik seperti teknologi motor dan bateri.

Malah secara tidak langsung, JLR juga dapat menggunakan peluang tersebut untuk membangunkan teknologi elektrik baharu yang boleh diguna pakai pada model pengeluaranya pada masa depan.

jaguar-formula-E-mekanika (4)

JLR akan berkerjasama dengan Williams Grand Prix Engineering bagi membangunkan enjin dan jentera Formula E. Untuk makluman, Williams Grand Prix Engineering ialah syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan pasukan Williams Formula Satu (F1).

Pengarah Kumpulan Kejuruteraan JLR, Nick Rogers berkata kenderaan elektrik tentunya memainkan peranan penting dalam portfolio produk masa depan JLR.

jaguar-formula-E-mekanika (3)

“Kejohanan berkenaan akan membolehkan jurutera kami menguji teknologi canggih di bawah kondisi dan prestasi ekstrem.

“Saya percaya dalam tempoh lima tahun akan datang, kita akan melihat lebih banyak perubahan dalam dunia automotif berbanding tiga dekad lalu,” katanya.

jaguar-formula-E-mekanika (5)

Jaguar agak lama menyepi dalam perlumbaan bermotor sejak menarik diri daripada F1 2004 ketika di bawah Ford Motor Company.

Kemudian syarikat berkenaan telah dibeli oleh Tata Motors.  Pengeluar kenderaan mewah tersebut hampir jatuh bankrap pada 2009. Kini, Jaguar merupakan salah satu pengeluar kereta yang paling menguntungkan di dunia.

Maklumat lanjut mengenai jentera, pemandu dan pasukan hanya akan didedahkan tahun hadapan.

Tonton video teaser di bawah:

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button