Buletin

DUCATI PANIGALE V2 BAYLISS, EDISI KHAS JUARA WSBK!

Apakah ciri-ciri seorang pelumba hebat? Apabila pengeluar motosikal menamakan modelnya sempena nama pelumba tersebut.

Ini yang dilakukan oleh Ducati dengan mengeluarkan model khas Panigale V2 Bayliss 1st Championship 20th Anniversary bagi meraikan ulang tahun kemenangan ke-20 Troy Bayliss di dalam Kejuaraan Superbike Dunia 2001.

Model ini mula memasuki pasaran pada Oktober 2021 dan telah menerima banyak tempahan dari peminat sejak diperkenalkan pada Julai di Assen.

Sambutan diterima begitu menggalakkan hingga produksi bulan-bulan mendatang sudah dipenuhi bagi menyiapkan pesanan.

Apa yang istimewa tentang model ini? Pertama sekali, ianya 3 kilogram lebih ringan berbanding Panigale V2 standard.

Pengurangan berat itu dicapai melalui penggunaan bateri lithium-ion dan tempat duduk tunggal. Pemijak kaki dan tempat duduk penumpang diberi secara berasingan.

Dari segi grafik, model ini tampil dengan rekaan ala Ducati 996 R musim 2001 di mana Troy Bayliss pertama kali menjulang trofi dunia dari tiga keseluruhan.

Warna utama semestinya Ducati Red dengan warna hijau dan putih sebagai tribut kepada jenama Itali dan angka 21 sebagai nombor lumba Troy Bayliss.

Menjadikan edisi ini lebih istimewa ialah autograf Troy Bayliss pada tangki minyak dan nama model serta nombor siri pada clamp handle motosikal.

Selain grafik, menjadikan edisi ini istimewa ialah penggunaan suspensi Öhlins. Fork depan NX30 dan penyerap hentak belakang TTX36 memberikan tunggangan lebih lancar dan direka untuk prestasi terbaik di litar.

Steering damper pula boleh dilaras mengikut gaya tunggangan dan karakteristik litar.

Turut dilengkapi ialah grip sport, penutup ekzos dari gentian karbon dan aluminium manakala tempat duduk diperbuat dari dua bahan dan mempunyai sulaman dua sebaris warna merah.

Nombor lumba 21 dalam warna putih disulam pada tempat duduk dengan sulaman hijau dan merah sebagai tanda bendera Itali.

Ducati Panigale V2 dikuasakan oleh 955 cc V berkembar dengan output 115 hp pada 10,750 rpm dan tork 104 Nm pada 9,000 rpm.

Panigale V2 sudah memasuki pasaran tempatan pada Ogos 2020 dan berapa harganya? RM109,900 tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan takaful.

BACA: DUCATI DAN LAMBORGHINI LAHIRKAN DIAVEL 1260 LAMBORGHINI EDISI TERHAD

BACA: INI DUCATI SUPERLEGGERA V4 NO.1/500, DISERAHKAN KEPADA PEMILIK BERTUAH

BACA: LAZARETH LM 410 – MOTOSIKAL 4 RODA, GUNA ENJIN YAMAHA R1, RM452,500 SEUNIT

Google ads
Back to top button