BuletinMotosikal

DUCATI XDIAVEL THIVERVAL – XDIAVEL CUSTOM DARI FRED KRUGGER

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Ducati sebelum ini pernah terlibat dalam dua buah motosikal konsep XDiavel iaitu XDiavel by Roland Sands dan draXter yang dibina sendiri oleh Ducati Design Center. Kali ini Ducati menyerahkan motosikal XDiavel kepada pereka custom dari Belgium iaitu Fred Krugger untuk ‘dikerjakan’.

Fred Krugger bukan calang-calang pereka kerana beliau adalah juara, bukan sekali malah dua kali dalam pertandingan AMD Custom Bike Building World Championship.

Ducati XDiavel adalah motosikal cruiser yang pertama kali dipertontonkan pada 2016. Ia menggabungkan beberapa konsep binaan seperti prestasi dan keselesaan, keseronokan tunggangan dan kembara yang menenangkan. Rekabentuk XDiavel itu pula telah diakui bagus apabila ia memenangi beberapa anugerah di Eropah dan Amerika Syarikat seperti Red Dot Design Award 2016 dan Good Design Award 2016.

Motosikal XDiavel yang dibina Fred Krugger diberi nama The Thiverval. Nama itu sebenarnya merujuk kepada trek lumba kecil di pinggir bandar Paris. Ia dipamerkan pada hari ini (1 Julai) sempena acara Bikers’ Classics 2017 di Spa-Francorchamps di Belgium.

Dengan motosikal yang tersedia, Fred Krugger telah melakukan beberapa kerja custom seperti enjin yang dibiarkan terdedah tanpa sebarang penutup manakala rangka Trellis pula disorok supaya garis badannya nampak bersahaja. Yang ditinggalkan asli ialah lampu depan sebagai identiti utama XDiavel. Tangki telah dibina semula manakala ekor belakang tersimpan ekzos dan dikerusi di atasnya.

Thiverval dipamerkan bersekali dengan motosikal XDiavel lain di reruai Ducati pada hari ini dan esok.

Lagi cerita menarik tentang motosikal custom:

DUCATI PANIGALE R CAFE RACER “SI JERUNG BIRU”

TAHUKAH ANDA ASAL USUL CAFE RACER?

Tags
Google ads
Back to top button
Close