
DULU MENTERI AFGHANISTAN, KINI PENGHANTAR MAKANAN DI JERMAN
Bekas Menteri Komunikasi dan dan Teknologi Afghanistan, Syed Ahmad Shah Saadat yang mendapatkan perlindungan di Leipzig, Jerman kini bergelar penghantar makanan.
Kelibatnya dirakam wartawan tempatan ketika menghantar makanan di negara itu, baru-baru ini.
Mint melaporkan beliau meninggalkan negaranya lebih setahun lalu kerana bimbang ancaman keselamatan dan mendapatkan perlindungan di Leipzig.
Syed Ahmad Shah tiada banyak pilihan dan bekerja sebagai penghantar piza untuk meneruskan hidup.
Gambar Syed Ahmad Shah dirakam di beberapa lokasi di bandar itu menghantar makanan dari rumah ke rumah dengan basikal dan ia tular di media sosial pada Rabu.
Beberapa agensi media melaporkan mengenai perkembangan mantan menteri itu dan Syed Ahmad Shah mengesahkannya kepada Sky News Arabia. – IndiaToday/HM
- BACA: CAJ PENGHANTAR MAKANAN MAHAL, KPDNHEP ARAH MYCC JALANKAN KAJIAN TERPERINCI
- BACA: PENGHANTAR MAKANAN TERKEJUT TERIMA TIP RM1,000. HARAP RAMAI DOAKAN PELANGGAN MURAH HATI
- BACA: PEMENANG PINGAT EMAS OLIMPIK KINI BERGELAR PENGHANTAR MAKANAN
- BACA: BERANG DAPAT TIP SIKIT. PENGHANTAR MAKANAN WANITA BAWA BALIK PESANAN