
COVID-19: EMIRATES TANGGUNG PERBELANJAAN PERUBATAN, KOS KUARANTIN
Syarikat penerbangan Emirates mengumumkan akan menanggung perbelanjaan perubatan sehingga €150,000 (RM748,192) dan kos kuarantin sebanyak €100 (RM500) sehari selama 14 hari bagi penumpang yang didiagnosis Covid-19 semasa menggunakan perkhidmatan penerbangan itu.
Ia termasuk penumpang yang mengembara ke Dubai atau destinasi lain di dunia. Bahkan, tawaran tanpa kos ini tidak kira penumpang melakukan perjalanan, ekonomi, atau kelas pertama.
Perlindungan ini berkuat kuasa serta-merta bagi pelanggan yang menggunakan khidmat penerbangan Emirates sehingga 31 Oktober tahun ini. Penerbangan pertama perlu dilakukan pada atau sebelum tarikh berkenaan.
Tawaran berkuatkuasa selama 31 hari dari penerbangan pertama penumpang, walaupun meneruskan perjalanan ke bandar lain setelah tiba di destinasi Emirates.
“Kami tahu orang ramai ingin mengembara selepas sempadan di seluruh dunia kembali dibuka secara beransur-ansur. Begitupun, mereka mencari fleksibiliti dan jaminan sekiranya sesuatu tidak terduga berlaku dalam perjalanan,” kata Pengerusi Kumpulan dan Ketua Eksekutif Emirates, HH Sheikh Saeed Al Maktoum.
Pelanggan tidak perlu mendaftar atau mengisi boring sebelum mereka melakukan pengembaraan untuk mendapatkan perlindungan disediakan Emirates malah tidak diwajibkan untuk menggunakannya.
Bagaimanapun, jika para pelanggan memilih menggunakan perkhidmatan tersebut terutama yang didiagnosis dengan Covid-19, penumpang hanya perlu menghubungi talian hotline disediakan untuk mendapatkan bantuan dan perlindungan. – lonelyplanet.
- BACA: EMIRATES RANCANG BUANG 30,000 ORANG PEKERJA. MOHON BANTUAN RM5.22 BILION DARIPADA DUBAI
- BACA: BENCANA COVID-19. 100,000 KAKITANGAN EMIRATES DIBERI CUTI TANPA GAJI
- BACA: COVID-19: KAKITANGAN MALINDO DIARAH AMBIL CUTI, GAJI DIPOTONG SEHINGGA 50%
- BACA: COVID-19: KAKITANGAN MAS DIMINTA AMBIL CUTI TANPA GAJI 3 BULAN BERMULA APRIL DEPAN