
CAL CRUTCHLOW SAH JADI TEST RIDER YAMAHA, GANTI JORGE LORENZO
Yamaha mengesahkan bahawa pelumba pasukan LCR Honda, Cal Crutchlow akan menjadi penunggang uji jentera MotoGP mereka untuk musim 2021.
Crutchlow akan menggantikan Jorge Lorenzo dan memulakan tugasnya pada sesi ujian di Litar Sepang, 14 hingga 16 Februari 2021. Selain ujian rasmi IRTA dan sesi ujian litar Yamaha yang lain.
Pelumba Britain berusia 35 tahun itu memiliki pengalaman selama 10 tahun dalam saingan MotoGP. Dalam tempoh itu, dia sempat berlumba dengan tiga pasukan berbeza, sekali gus menjadikannya calon paling sesuai untuk jawatan tersebut.
“Penampilan sebagai pelumba wild card juga tidak mustahil sekiranya ia dilihat bermanfaat kepada program ujian. Crutchlow juga mengesahkan dia boleh menjadi pelumba gantian sekiranya pelumba Yamaha tidak dapat bersaing kerana sakit atau cedera,” kata Yamaha dalam satu kenyataan rasmi.

Crutchlow memenangi perlumbaan World Motorsport 2009 dengan Yamaha dan tiga saingan World Superbike untuk mendapat tempat dalam pasukan satelit Yamaha Tech3 pada tahun 2011. Dia kekal bersama jentera M1 dalam pasukan kendalian Herve Poncharal selama tiga musim.
Dalam tempoh tersebut, dia berjaya mencatat enam podium, sebelum berlumba untuk pasukan factory Ducati selama setahun.
Kejayaan terbaik penunggang jentera #35 itu adalah ketika bersama LCR Honda. Menyertasi pasukan satelit kendalian Lucio Cecchinelli pada tahun 2015 sebelum diberi kontrak penuh daripada HRC, Crtuchlow telah mencatat tiga kemenangan dan 12 podium, selain membantu membangunkan jentera RCV.
“Saya ingin mengucapkan selamat kembali kepada Cal. Dengan pengalaman luas dan sikapnya yang suka berterus-terang, dia pasti dapat memberi kelebihan untuk kami menambah baik jentera YZR-M1 sepanjang program ujian tahun depan.
“Sudah tenu kami sudah merancang program yang bagus dengan Jorge. Malangnya, pasukan terpaksa menangguhkan pelan berkenaan akibat COVID-19.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama selama ini dan selamat maju jaya kepada Jorge,” kata Pengarah Urusan Yamaha Racing Team, Lin Jarvis.
Lorenzo yang merupakan bekas juara dunia lima kali dilapor akan menyertai pasukan Aprilia sebagai penunggang ujian.
- BACA: CRUTCHLOW TIDAK KECEWA TIDAK DIPILIH. AKUI JENTERA RC213V 2020 LEBIH SUKAR DIKENDALI
- BACA: ALEX MARQUEZ TERJATUH PADA SESI UJIAN PERTAMA MOTOGP. MENGAKU BUAT KESILAPAN ‘ROOKIE’
- BACA: HONDA BANGUNKAN JENTERA MOTOGP 2020 IKUT SELERA MARQUEZ. PELUMBA LAIN HANYA JADI PASU BUNGA SAHAJA
- BACA: JORGE LORENZO KEMBALI! PELUMBA UJIAN UNTUK YAMAHA FACTORY RACING