Buletin

KOLEKSI FESYEN HYUNDAI DIBANGUNKAN GUNA KOMPONEN KENDERAAN TERBUANG

Kebanyakan pengeluar kenderaan berkecimpung dalam bidang pakaian tetapi memiliki piihan terhad dengan logo jenama tertera pada produk.

Syarikat pengeluar Hyundai, mengambil pendekatan berbeza apabila memperkenalkan koleksi Re:Style 2020 yang menggunakan bahan dibuang dari proses pembuatan kenderaan.

Pada tahun ini, Hyundai menjalin kerjasama beberapa jenama fesyen terkemuka termasuk Alighieri, E.L.V. DENIM, Public School, pushBUTTON, Richard Quinn dan Rosie Assoulin.

Menurut syarikat dari Korea Selatan itu, jenama-jenama berkenaan dipilih kerana berkongsi visi mencari pendekatan lebih lestari membangunkan produk digemari.

Melalui kerjasama tersebut, Alighieri menghasilkan rantai, choker dan gelang yang diperbuat dari tali pinggang keledar, cermin dan span.

kenderaan untuk menghasilkan jumpsuit.

Public School, pushBUTTON pula menghasilkan ves manakala Richard Quinn menghasilkan pakaian dalam jenis korset yang dihasilkan menggunakan kain beg udara.

Bagi jenama Rosie Assoulin, ia menghasilkan beg tote menggunakan tali pinggang keledar, fabrik karpet dan span.

Kesemua produk  dihasilkan menggunakan komponen kereta ini akan mula dijual pada 13 Oktober di Selfridges London dan di laman web rasmi jenama terbabit.

Biarpun produk berkenaan tidak akan menarik minat semua orang, Hyundai berkata ianya dibuat untuk memastikan bahan seperti beg udara, kemasan kulit dan cermin terbiar begitu sahaja jika kenderaan dilupuskan.

Ia juga dapat mendorong kolaborasi antara industry bagi menggalakkan pemikiran dan inovasi baharu melalui rekaan serta gaya hidup. – agensi.

Google ads
Back to top button