Buletin

ENJIN HONDA AKHIRNYA JUARA PUSINGAN F1 SELEPAS 13 TAHUN KEMARAU

Honda dengan dunia perlumbaan bukanlah nama asing. Pengasasnya iaitu Soichiro Honda begitu meminati perlumbaan sehingga pernah mengucapkan jika tiada perlumbaan maka tiadalah Honda.

Penglibatan Honda di dalam dunia Formula Satu bermula pada tahun 1964 dan kemudian menarik diri pada tahun 1968.

Honda kemudian kembali ke Formula Satu pada tahun 1982 sebagai pembekal enjin dan kemudian keluar semula pada tahun 1992.

Pada tahun 2002 Honda kembali lagi dan membekalkan enjin kepada pasukan British American Racing (BAR) dan pada penghujung 2005 membeli terus pasukan tersebut.

Pada Disember 2008 Honda menamatkan program dan pasukan tersebut dibeli oleh Ross Brawn pada Februari 2009.

Sekali lagi Honda memasuki semula arena Formula Satu pada tahun 2015 dengan membekalkan enjin dan unit KERS, kali ini untuk pasukan McLaren.

Kisah masuk keluar, turun naik Honda dalam Formula Satu masih tidak habis sehingga sekarang dan percubaan dan semangat kental nampaknya mula membuahkan hasil.

Pada 30 Jun 2019 telah tercatat satu sejarah apabila Max Verstappen yang memandu untuk pasukan Aston Martin Red Bull Racing dengan unit kuasa Honda RA619H menjuarai perlumbaan Grand Prix Austria.

Ini adalah detik manis buat Honda selepas kali terakhir menjadi juara di Grand Prix Hungary pada tahun 2006.

Ini kemenangan ke-73 Honda di dalam Formula Satu dan yang pertama di dalam era unit kuasa hibrid.

Berikut ialah petikan kata-kata penghargaan daripada Ketua Pegawai Eksekutif, Honda Motor Co., Ltd., Takahiro Hachigo.

Buat mereka yang menyokong kami di dalam projek ini:

“Ini adalah sesuatu yang sangat menggembirakan bagi kami untuk menang sekali lagi di dalam Formula Satu dan untuk sampai ke tahap ini bukan sesuatu yang mudah selepas kembali pada tahun 2015.

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Max dan Aston Martin Red Bull Racing di atas kejayaan ini. Kami juga harus berterima kasih kepada Scuderia Toro Rosso dan kesemua pemandu yang memberikan banyak sokongan kepada projek ini dan juga pembekal dan mereka yang berkaitan.”

Masashi Yamamoto, Pengurus Besar Jabatan Permotoran Honda

Kepada peminat:

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat kami. Dengan sokongan mereka, kami akan terus memberikan cabaran dalam usaha ke arah matlamat utama iaitu memenangi kejuaraan dunia dan mengambil kejayaan ini sebagai langkah pertama.

Kejayaan pada masa depan juga adalah penghargaan buat peminat yang merupakan sebahagian daripada pasukan kami.”

Kami perlu terus mencabar demi mencapai matlamat kami

“Formula Satu adalah impian Soichiro Honda dan ia adalah DNA syarikat kami. Kami telah melalui pelbagai masa sukar dalam tempoh lima tahun lalu di litar mahupun di kilang.

“Saya hilang kata-kata apabila memikirkan tentang usaha besar daripada kesemua staf Honda di dalam projek ini yang sentiasa percaya terhadap diri mereka dan tidak pernah berputus asa dan akhirnya memperolehi kejayaan hari ini.

“Saya fikir ini lah yang terkandung di dalam motto Kuasa Impian kami!.”

Tags
Google ads
Back to top button