Buletin

MERCEDES-AMG ONE TERBAKAR ATAS TRELER PENGANGKUT KENDERAAN – PEK BATERI JADI PUNCA

Debut hampir enam tahun lalu, hypercar Mercedes-AMG One sering menjadi masalah kepada Mercedes-Benz.

Pada mulanya, Mercedes-Benz merancang untuk memulakan pemasangan pada 2019, namun menyesuaikan enjin Formula 1 moden bagi kegunaan jalan raya adalah lebih rumit daripada apa yang dijangkakan.

Masalah AMG One tidak berhenti disitu apabila model berkenaan didapati telah terbakar di atas treler pengangkut kenderaan berhampiran Staffordshire.

Menurut laporan The Sun, Mercedes-Benz percaya bahawa ia berpunca daripada pek bateri kereta yang menggerakkan sistem hibrid, selain faktor enjin tidak dihidupkan.

“Kami menyedari kejadian ini melibatkan sebuah kereta diangkut dalam treler tertutup sebagai sebahagian daripada proses pemasangannya,” kata jurucakap Mercedes.

“Kami mengesahkan bahawa tiada sesiapa mengalami kecederaan akibat daripada kebakaran itu.”

Untuk rekod, model bernilai AS$2.75 juta (RM12.5 juta) ini dilengkapi tiga motor elektrik, satu pada enjin dan dua lagi terletak di gandar depan.

Hypercar Mercedes-AMG One dikuasakan oleh enjin 1.6-liter turbo V6 dengan redline 11,000rpm dan generator motor elektrik dipasang pada turbo, berupaya menghasilkan kuasa gabungan 1,000hp.

Google ads
Back to top button