ANDRE VILLAS-BOAS – DARIPADA PADANG BOLA SEPAK KE TREK BERDEBU
Buat peminat bolasepak, nama André Villas-Boas bukanlah asing dalam dunia kejurulatihan. Lelaki yang berusia 43 tahun itu sebelum ini pernah melatih beberapa kelab handalan termasuklah, Chelsea, Tottenham Hotspur, Marseille dan juga NS Chempaka (acah aja). Namun lelaki yang berasal dari Porto, Portugal yang kini sudah tidak lagi bergiat dalam dunia kejurulatihan akibat perselisiahan faham bersama pengurusan kelab Marseille bakal beralih lapangan apabila sah beliau akan beraksi dalam dunia rali di Vodafone Rally de Portugal pada hujung minggu ini.
André Villas-Boas bakal beraksi bersama pasukan Sports and You yang bakal menyediakan jentera Citroen C3 Rally2 dan bakal beraksi dalam kategori WRC3 pada perlumbaan yang bermula 20 – 23 Mei 2021. Buat yang tidak tahu, André Villas-Boas mempunyai beberapa koleksi kereta termasuklah jentera RallyDakar dan beliau sememangnya cukup menaruh minat dalam dunia sukan permotoran.
Menurutnya, selepas tamat kontrak beliau bersama pasukan Shangsai SIPG pada tahun penghujung 2017, beliau mula berjinak dalam dunia Rali Dakar pada tahun 2018. Malangnya beliau terpaksa menamatkan di awal saingan apabila mendapat kecederaan pada tulang belakang, namun beberapa waktu kemudiannya beliau telah pun menyertai saingan perlumbaan rali di Maghribi dan beberapa pusingan dalam saingan rali tempatan di Portugal.
Pada tahun lepas, beliau telah ditawarkan oleh Sports and You untuk memandu uji jentera Citroen C3 buat pertama kalinya. Dan André Villas-Boas berasa teruja dengan perbezaan yang cukup ketara diantara jentera rali yang digunakan dalam saingan WRC dan juga Rally Dakar. Ianya ringan dan laju kata beliau. Dan selepas melalui beberapa ujian, akhirnya kata putus dicapai. Marilah kita berlumba.
Dan untuk menemai André Villas-Boas di Portugal nanti, belia memilih rakan dari zaman kanak – kanak lagi sebagai Juruarah, Gonçalo Magalhães. Walau pun masih lagi bertaraf amatur, namun beliau yakin gandingannya mampu menghasilkan sesuatu, apatah lagi mereka sememangnya berkongi minat yang sama dalam dunia sukan permotoran.
Sebetulnya ada satu lagi yang bakal menjadi faktor pendorong kepada André Villas-Boas untuk menamatkan saingan kelak. Beliau merupakan Penaung kepada tiga badan kebajikan APPACDM, dan Laureus Sport Foundation dan Ace Africa. Dan jentera rali beliau bakal mempunyai livery ketiga tiga badan kebajikan yang dinaunginya ini.
BACA : GR YARIS AP4 DIDEDAHKAN – INILAH DIA KERETA RALI YANG DINANTIKAN
BACA : WRC 2020 – TOYOTA DAN FORD MULA MENAYANGKAN JENTERA RALI