Artikel Pilihan

MRF TYRES – JENAMA YANG SEMAKIN HANDAL DALAM SAINGAN FIA EUROPEAN RALLY CHAMPIONSHIP 2023

Suatu ketika dahulu, jenama MRF Tyres cukup signifikan dalam saingan rali peringkat serantau terutamanya dalam saingan Asia Pacific Rally Championship (APRC). Kelibat jentera rali Skoda dengan livery MRF Tyres berwarna merah diantara merupakan pesaing utama ketika itu.

Namun seiring dengan peredaran masa, jenama MRF Tyres ini semakin menuju ke peringkat global yang lebih tinggi. Jenama MRF Tyres kini semakin dikenali di pentas Eropah terutamanya dalam saingan FIA European Rally Championship (ERC) dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Dan untuk ERC musim 2023 ini, jenama yang berasal dari India ini bakal menampilkan sehingga enam buah jentera rali, meliputi dua pasukan yang berbeza. Pusingan pertama ERC 2023 bakal bermula pada 10 – 12 Mac 2023 dengan lokasi di Portugal bakal pembuka tirai bagi Rally Serras de Fafe.

Musim ini, penyandang juara ERC 2022, Efrén Liara akan bersama pasukan utama, Team MRF Tyres dengan memandu jentera baharu, Skoda Fabia RS Rally2 bersama seorang lagi pemandu dari Latvia Mārtiņš Sesks. Gandingan pemandu yang berpengalaman.

Manakala seorang lagi pemandu yang agak berpengalaman juga dari Itali,  Simone Campedelli turut bakal melengkapkan pasukan utama dengan memandu jentera Skoda Fablia Rally2 evo. Simone Campedelli ini merupakan juara 2022 Italian Tarmac Championship dan telah bersama pasukan selama tiga tahun.

Sebuah lagi pasukan telah dibentuk yang dikenali sebagai MRF Tyres Dealer Team turut bakal membariskan pemandu yang berpengalaman. Bekas pemenang perlumbaan WRC dari Norway, Mads Østberg yang bakal memandu jentera Citroen C3 Rally2 bakal menjadi taruhan utama.

Begitu juga dengan seorang lagi bekas pemandu WRC Pontus Tidermand dari Sweden yang bakal memandu jentera Ford Fiesta Rally2. Beliau ini juga sebenarnya pernah beraksi bersama jentera rali Skoda S2000 dalam saingan APRC lama dahulu. Nampak menarik betul barisan jentera pasukan MRF Tyres ini. Melengkapkan lagi senarai pemandu muda dari Itali,Andrea Mabellini yang bakal memandu jentera Skoda.

Selain daripada enam jentera utama ini, jenama MRF Tyres turut bakal dipakai oleh beberapa pemandu seperti Andrea Nucita yang bakal memandu jentera Hyundai i20 N Rally2 juga pemandu dari Romania Bogdan Cuzma yang memandu Skoda.

BACA : PEMANDU INDONESIA BELI SKODA FABIA RALLY2 EVO – WOW!

BACA : ADA APA DENGAN SKODA FABIA RS RALLY2 INI?

Google ads

B K

Back to top button