FERRARI DISAMAN KERANA MASALAH BREK – JANGAN MAIN-MAIN PASAL BREK, BAHAYA WEH
Sekumpulan pemilik Ferrari di AS telah memfailkan saman terhadap Ferrari di mahkamah persekutuan San Diego Isnin lepas kerana mendakwa gagal menyelesaikan masalah brek pada beberapa model mereka seperti 458 dan 488. Ferrari didakwa mengetahui tentang masalah tersebut tetapi gagal memulihkan masalah brek pada kereta-kereta tersebut.
Hasilnya ialah kegagalan fungsi brek secara total pada setengah kereta dan separuh efektif pada sesetengah yang lain.
Pada 2021, Ferrari telah memanggil kembali kereta-kereta mereka yang mempunyai masalah pada sistem brek. Hampr 10,000 untuk telah dipanggil kembali termasuklah 458 yang diproduksikan dari 2010 hingga 2015 dan 488 yang diproduksikan dari 2016 hingga 2019.
Masalah dikatakan berpunca dari kebocoran penutup tangki simpanan bendalir brek. Kebocoran tersebut telah menjejaskan kemampuan brek yang semestinya cukup mendebarkan untuk sebuah kereta yang mampu mencecah kelajuan 300 kmj.
Menurut tuntutan tersebut, pembaikian yang dilakukan Ferrari dengan menukar penutup yang bocor dan menaiktaraf perisian tidak menyelesaikan masalah brek pada kereta-kereta ini.
Tuntutan ini diketuai oleh Iliya Nechev yang telah membeli sebuah 458 pada tahun 2020 dan menyatakan beliau nyaris terlibat dalam kemalangan beberapa kali kerana masalah brek. Bila dihantar ke Ferrari untuk diperiksa jawapan yang diterima ialah brek kereta beliau dalam keadaan normal dan beliau perlu membiasakan diri dengannya.
Tuntutan tersebut juga mendakwa Ferrari sepatutnya mendedahkan masalah brek pada kereta-kereta keluaran kepada umum dan gagal berbuat demikian.
Masalah brek bang siapa pun akan marah kalau kena macam ni. Bayangkan tengah pandu kereta laju-laju tapi brek pulak tak makan, tak kena naya tu.