Buletin

FERRARI GTC4LUSSO T DILANCARKAN  – RM1.088 JUTA

Naza Italia sebentar tadi melancarkan Ferrari GTC4Lusso T serentak dengan acara pengenalannya di acara Paris Motor Show 2016.  

Pelancaran itu disempurnakan oleh Pengeursi Eksekutif Kumpulan Naza World Group of Companies, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Hab Ferrari Asia Barat, Dieter Knechtel.

Ferrari-GTC4Lusso-T-2016-mekanika (6)

“Ini merupakan kali pertama Malaysia diberi penghormatan untuk turut sama dalam pelancaran serentak sebuah model Ferrari. Saya tahu pelanggan Naza Italia menghargai peluang menjadi antara pemilik GTC4Lusso T terawal di dunia,” kata SM Faisal.

Ferrari-GTC4Lusso-T-2016-mekanika (5)

Ini ialah model empat duduk pertama dihasilkan dalam sejarah Ferrari. GTC4Lusso T menghidupkan konsep Ferrari GT yang disasarkan untuk mereka yang mahukan sebuah jentera mewah, sporty dan versatil untuk kegunaan harian.

Ferrari-GTC4Lusso-T-2016-mekanika (7)

Jentera itu dipacu oleh enjin turbo V8 bersesaran 3.9 liter yang memenangi anugerah enjin terbaik 2016. Ia mampu menjana kuasa maksimum 610cv @ 7,500rpm dan tork 760Nm yang boleh diperoleh pada kitaran enjin 3,000 hingga 5,350rpm.

Enjin itu menawarkan pecutan maksimumm320km/j dengan penggunaan bahan api sekitar 11.6 liter bagi setiap 100 kilometer. Dengan agihan berat 46 peratus di depan dan 54 peratus belakang, anda boleh mengharapkan kualiti pemanduan yang dinamik.

Ferrari-GTC4Lusso-T-2016-mekanika (1)

Di bahagian kabin, GTC4Lusso T menampilkan binaan Dual-Cockpit yang unik. Ia juga dilengkapi sistem infotainmen  dengan skirn sentuh HD bersaiz 10.25 inci.

GTC4Lusso T ditawarkan pada harga asas RM1,088 juta (tidak termasuk duti dan pilihan ubah suai).

Google ads
"
"
Back to top button