Buletin

FERRARI MEERA S – FERRARI PELIK ERA 80-AN

Anda tak tahu kewujudan model Ferrari Meera S?

Usah risau, penulis juga pada mulanya tidak tahu langsung kewujudan model ini, dan ia sebenarnya merupakan sebuah model binaan one-off yang dikomisyenkan oleh kerabat diraja Arab Saudi sekitar 1980-an.

Meera S direka oleh Giovanni Michelotti, dan ia juga merangkap model Ferrari terakhir yang direka oleh beliau setalah sekian lama berkhidmat dengan jenama kuda itu.

Model asas Meera S ini menggunakan model Ferrari 400i, namun boleh dikatakan hampir keseluruhan rupa asa kereta ini telah berubah terutama penambahan cermin belakang bagi menghilangkan rupa coupe yang asal, sekaligus bentuknya mengingatkan kita kepada model Mitsubishi Starion.

Meskipun berubah rupa, Meera S masih lagi mengekalkan ciri lampu pop-up daripada model asal 400i, selain beberapa teknologi termaju pada ketika itu seperti penyeka kaca pada keempat-empat sudut, sistem pendingin hawa berkembar, sistem pemantauan berkamera, serta bumbung suria berkuasa elektrik.

Menurut RM Sotheby’s, Ferrari Meera S ini telah menjalani restorasi di Ferrari Classiche dengan kos berjumlah €252,100 (RM1.20 juta) pada November 2010, di mana sistem elektrik telah dirombak kembali, menggantikan sistem ekzos serta kerja-kerja yang berkaitan.

Berdasarkan rujukan di laman web bidaan tersebut, Meera S ini memiliki tanda harga bermula dari €90,000 (RM427,528).

Sumber: RM Sotheby’s

Google ads
Back to top button