Motosikal

BMW DEDAH DUA JENTERA KUSTOM R 18 DI VERONA MOTOR BIKE EXPO

BMW Motorrad memperkenalkan dua jentera R 18 kustom di Verona Motor Bike Expo.

Dua jentera kustom berkenaan dikenali sebagai BMW R 18 M dan R 18 Aurora.

BMW R 18 M dibangunkan majalah Itali, LowRide dan American Dreams.

LowRide memutuskan memberi penampilan lebih sporty dan kemas terhadap jentera R 18.

Jentera yang mendapat sentuhan warna merah, biru dan ungu itu sekali gus menarik perhatian orang ramai.

Ia turut didatangkan head cover, intake duct dan beberapa bahagian yang diperbuat daripada gentian karbon.

Selain itu, BMW R 18 M hadir dengan ekzos paip baharu dipadankan shaft bersalut nikel yang dibikin American Dreams.

Beberapa perubahan lain yang dilakukan termasuk pada bahagian casis, suspensi dan badan serta tempat duduk dibaluti kulit baharu lebih mewah.

Jentera kedua merupakan R 18 Aurora yang dibikin Garage 221 menjadikan motosikal terbabit kelihatan sebagai cruiser tradisional lengkap dengan fender.

Dalam membikin jentera itu, Garage 221 telah menggunakan tempat duduk daripada BMW 1200 C, R 100 dan sebahagian bahagian belakang K 75.

Warna merah motosikal itu dipinjam daripada RT 100 tahun 1983 dan banyak bahagian utama dibikin sepenuhnya secara sendiri menggunakan tangan untuk menyerlahkan perincian serta kemasan.

Garage 221 bekerjasama dengan Leo Vince dalam pembikinan sistem ekzos kustom untuk motosikal itu dan dipadankan gril penyejuk minyak yang mendapat inspirasi daripa beberapa model kereta BMW tahun 1960-an. –carscoops

Google ads
Back to top button