Buletin

PEKERJA PASANG NAT TAK BETUL. SUBARU TERPAKSA RECALL OUTBACK,IMPREZA 2021

Subaru terpaksa memanggil semula 383 unit model Outback dan Impreza tahun 2021 di Amerika Syarikat (AS) berikutan nat tidak diketatkan mengikut teknik yang betul.

Semasa proses pemasangan, seorang pekerja kilang tidak mengetatkan nat kabel CVT menggunakan teknik sebenar  perengkuh kilas (torque wrench) walaupun telah mendapat latihan untuk tugasan tersebut.

Kecuaian itu boleh mengakibatkan pemilihan gear tidak dapat berfungsi dengan baik.

Menurut Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Nasional (NHTSA), dianggarkan kadar kerosakan sebanyak 40 peratus akibat pemasangan nat label CVT tersebut.

Katanya, terdapat sebanyak 383 buah kenderaan yang terlibat dalam panggilan semula merangkumi 314 unit Outback yang dipasang antara 14 hingga 21 Disember 2020 dan 69 unit Impreza (14 hingga18 Disember).

Masalah tersebut dikesan ketika sesi ujian sampel dijalankan pada barisan pemasangan 21 Disember lalu.

Syarikat Jepun terbabit melakukan siasatan dalaman menjumpai 91 buah kenderaan berdepan masalah sama malah mendapati kesilapan tersebut dilakukan pekerja sama.

Keputusan memanggil semula kenderaan terjejas dilakukan pada bulan lalu dan tiada sebarang kemalangan atau kecederaan dilaporkan disebabkan masalah itu. -carscoops

Google ads
Back to top button