WELTMEISTER MAVEN DIJANGKA MASUK PRODUKSI TAHUN HADAPAN. EV BAHARU LAGI!
Jentera konsep Maven dibangunkan Weltmeister merupakan rangkaian kenderaan elektrik (EV) terbaharu dipertontonkan kepada khalayak di Beijing Auto Show, China.
Kereta terbaharu menampilkan rekaan sedan empat pintu ini dilengkapi set lampu hadapan melengkung yang dihubungkan pada bar lampu.
Ia turut didatangkan lampu belakang dengan rekaan lebih anggun dan moden.
Apa yang menarik perhatian tentang jentera konsep terbaharu elektrik ini adalah ia tidak hadir dengan rekaan tradisional B-pillar.
Bahkan, pintu belakang juga agak pelik dan futuristik , handel pintu mudah ditarik dan penambahbaikan aerodinamik dalam rekaan rim.
Bahagian dalaman mendedahkan, ia tidak mempunyai kawalan tradisional seperti pedal roda stereng.
Ia berikutan Maven berupaya memandu sendiri dan dilengkapi teknologi terkini 5G, fungsi teknologi Vehicle-to-everything (V2X), pemanduan autonomi Level 3 dan fungsi parker secara automatik.
Selain itu, tempat duduk dan panel pintu mengambil warna luaran berwarna hijau. Kabin turut menggabungkan warna emas termasuk di bahagian tali pinggang keledar, handel pintu serta konsol tengah menyerlahkan lagi sisi eksklusif jentera Maven ini.
Difahamkan jentera Maven merupakan kenderaan elektrik sepenuhnya dan mempunyai jarak NEDC sekitar 800 km.
Menurut CarNewsChina, Weltmeister bercadang memasuki produksi dalam membangunkan jentera elektrik terbaharu ini. -carscoops
- BACA: MASALAH EMISI, SUZUKI JUAL JIMNY DUA PINTU SEBAGAI KENDERAAN KOMERSIAL DI EROPAH
- BACA: NISSAN HENTIKAN PRODUKSI TEANA, SYLPHY & X-TRAIL DI THAILAND. MAHU FOKUS MODEL LEBIH KECIL DAN ELEKTRIK
- BACA: ORDER KERETA SPORTS ELEKTRIK, YANG SAMPAI GOLF KART WARNA MERAH JAMBU
- BACA: MUSTANG MACH-E 1400, LUAR BIASA DENGAN 7 MOTOR ELEKTRIK!